UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SAWAH DATO' MERSING JOHOR
Khamis, September 30, 2010
Syarad Masuk dan Cara Memohon ke Tingkatan 1 MRSM 2011
Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Satu MRSM:
- Warganegara Malaysia tahun enam.
- Bumiputra atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah kebangsaan atau Sekolah Rendah kebangsaan.
- Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Semenanjung.
- Mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Sabah dan Sarawak.
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.
- Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.
- Pemohon hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara.
- Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang. Dokumen asal juga mungkin diminta untuk rujukan ekoran borang yang terhad.
- Bayaran adalah sebanyak RM 5.00 (RM: Lima Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti berikut :
Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur. - Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 April pada sesi tahun yang dipohon, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sebarang masalah, sila rujuk laman web rasmi Majlis Agama Rakyat (MARA).
Rabu, Jun 30, 2010
AUDIT AKADEMIK DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN JPN JOHOR BIL 1/2010
Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor
Sasaran : Pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar Negeri Johor
TAHNIAH KEPADA WARGA SK SAWAH DATO' KERANA TELAH MENERIMA DUA ANUGERAH IAITU:
a) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.-PUAN NOORIN BINTI ABDUL KARIM DAN JAWATANKUASA
b) Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang SR Negeri Johor-PUAN HALIZA BINTI JELANI (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSD)
SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN JADI PEMANGKIN UNTUK TERUS CEMERLANG
Rabu, April 07, 2010
ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TUAN HJ AZMAN ( GPK 1 SMK NITAR)
Lebih kurang 6.45 pagi hari ini ,7hb April 2010, Cikgu Zaliha Ismail ( Pengetua SMK Tenggaroh )telah kehilangan suaminya tersayang, Cikgu Azman ( GPK 1 SMK Nitar ) akibat kemalangan jalanraya berhampiran balai raya Kampung Sawah Dato'.
Kepada Cikgu Zaliha dan anak-anak, kami semua warga SKSD mengucapkan takziah dan berharap cikgu sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang Allah S.W.T berikan ini.
Kepada semua pengunjung blog, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Azman dan bertafakur untuknya.
Kepada rakan-rakan yang berada di Mersing ketika ini, saya berharap rakan-rakan sekelian dapat menziarahi keluarga Cikgu Zaliha. Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham Cikgu Azman ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.

Isnin, April 05, 2010
Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang
(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin Suhaimin
Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.
Pelajar Cemerlang
Oleh Taidin Suhaimin
Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar: |
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning, 1990). |
Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.
Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.
Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekian. Semoga ciri-ciri tersebut sudah atau akan tertanam dengan kukuhnya pada diri anda demi kejayaan anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.
Bijak

Rabu, Mac 24, 2010
HARI ORIENTASI TAHUN 6-1 JANUARI 2010
OBJEKTIF :
1 ) Memberi pendedahan awal kepada murid budaya belajar pelajar tahun 6.
2 ) Memberi motivasi tentang peranan sebagai pelajar dan sebagai seorang anak untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa dan guru.
3 ) Memberi ruang dan peluang kepada murid untuk meluahkan permasalahan murid.
4 ) Membantu kearah pembangunan diri dan pemantapan rohani pelajar yang lengkap.
TENTATIF PROGRAM :
7.50 – 8.00 PAGI :
Murid dan guru mengambil tempat
8.00– 8.30 PAGI :
Ucapan aluan dan Amanat dari GPK 1
8.30 – 10.00 PAGI :
CERAMAH – Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR
10.00 – 10.30 PAGI :
Minum Pagi
10.30 – 11.45 PAGI :
CERAMAH- Pembangunan diri dan Pemantapan Rohani
11.45 - 12.00 tgh :
Majlis Penutup
Selasa, Mac 23, 2010
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada 19 November 1945. Bangunan
asalnya ialah sebuah rumah kediaman yang disewa daripada
seorang penduduk kampung yang bernama En. Tahir bin Kudrat,
yang merupakan sebuah rumah papan beratap daun nipah.
Tahun 1948 sebuah bangunan telah dibina oleh orang kampung secara bergotong-royong. Bangunan ini berbentuk bangsal yang berdinding kulit kayu, bertiang kayu bulat, atap nipah dan berlantaikan papan. Tahun 1954, pihak RIDA telah memberi bantuan membuat sebuah bangunan yang beratapkan zink dan berdidndingkan papan telah dibina oleh seorang pemborong Melayu. Pada tahun 1958 pula, sekolah ini telah mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur untuk membina sebuah bangunan tambahan.
Tahun 1973, oleh kerana pertambahan bilangan murid maka sekali lagi penduduk Kampung Sawah Dato’ telah bergotong-royong membina sebuah bangunan tambahan berdinding dan beratap nipah serta berlantaikan simen. Pada tahun yang sama
Kerajaan telah membina sebuah bangunan dua tingkat ( blok A )
dan sebuah kantin. Bangunan ini telah dibina oleh seorang pemborong Melayu.
Pada hari Isnin, 28 Jun 1976 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1396 sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dr. Mahathir bin Mohamad, Timbalan Pertana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada masa itu.
Pada tahun 1983 pula, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan ( bangunan pasang siap yang mengaqndungi 5 buah bilik darjah, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan. Pada tahun 1987, bangunan pasang siap itu telah digunakan sepenuhnya.
Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ telah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 dan telah menyiapkan sebuah bangunan sekolah yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada tahun 1993, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ telah melaksanakan dua sesi pengajian iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi adalah bagi murid tahun 1,3,4,5 dan 6 dan sesi petang bagi murid tahun 2 sahaja. Pada tahun 1994, SK Sawah Dato’telah menambah sesi petang bagi tahun 1 dan 2. Pada 1 Mac 1994 juga SK Sawah Dato’ telah dinaik taraf sekolah gred A.
Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ terus berkembang dari segi kemudahan fizikalnya. Pada tahun 1999, dua buah bangunan tambahan telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun tersebut. Dengan kemudahan bangunan dan bilik darjah yang mencukupi, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada 1 Jan 2000.
SENARAI GURU BESAR SK SAWAH DATO’,MERSING
1945 – 1946 : Tn. Hj. Jaafar bin Hj. Othman
1947 – 1948 : En. A. Rahman bin Manaf
1949 – 1950 : Tn. Hj. Md. Yusof bin Esa
1951 – 1965 : En. Abd. Rahman bin Mohamad
1966 – 1970 : Tn. Hj. Ali bin Uda
1970 – 1984 : Tn. Hj. Othman bin Abdullah
16.04.1984 – 15.12. 1987 : Tn. Sh. Abu Bakar b Sh. Hassan
15.12.1987 – 31.3.1989 : En. Omar bin Muhamad
01.04.1989 – 14.09.1989 : Pn. Hjh. Zauiah bt. Hj. Arshad
15.09.1989 – 15.02.1991 : En. Hamzah bin Mohamad
16.10.1992 – 1994 : En. Abdul Rashid bin Hashi
1994 – 28.09. 1998 : Tn. Hj. Anuar bin Hj. Fathlal
2.10.1998 – sekarang : Pn. Hjh. Sabihah bt. Hj. Sapuan
MAKLUMAT SEKOLAH
LUAS KAWASAN : 5 Ekar 0R 8P
BANGUNAN : 6 Blok Utama dan sebuah surau
BIL. BILIK DARJAH: 20 Kelas
BILANGAN GURU
BILANGAN STAF SOKONGAN
BILANGAN MURID
KEMUDAHAN ASAS
1. Pejabat Pentadbiran 13. bilik Bimbingan Kaunseling
2. Pejabat Guru Besar 14. Bilik Usahawan
3. Bilik Pen. Kanan 15. Bilik Tayang
4. Bilik Guru 16. Bilik Pemulihan
5. Bilik Mesyuarat 17. Bilik SPBT
6. Perpustakaan 18. Bilik j-QAF
7. Bilik Alatan 19. Bilik Operasi PPSMI
8. Bilik Komputer 20. Stor Pejabat
9. Makmal Sains 21. Stor Sukan
10. Bilik Muzik 22. Kantin
11. Bilik Kemahiran Hidup 23. Bilik Cetak
12. Bilik Pra Sekolah 24. Surau
KEMUDAHAN REKREASI
1. Taman Pra Sekolah
2. Padang
3. Galeri Bacaan
4. Tempat Letak Basikal
5. Tempat Letak Kereta
6. Pondok Menunggu
7. Pondok Keselamatan
8. Galeri PKJR
BANGUNAN : 6 Blok Utama dan sebuah surau
BIL. BILIK DARJAH: 20 Kelas
BILANGAN GURU
Lelaki | Perempuan | Jumlah |
12 | 30 | 42 |
BILANGAN STAF SOKONGAN
Lelaki | Perempuan | Jumlah |
3 | 5 | 8 |
BILANGAN MURID
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah |
Pra | 24 | 22 | 50 |
1 | 36 | 33 | 69 |
2 | 40 | 30 | 70 |
3 | 47 | 50 | 97 |
4 | 47 | 38 | 85 |
5 | 30 | 38 | 68 |
6 | 38 | 56 | 94 |
Jumlah | 266 | 267 | 533 |
KEMUDAHAN ASAS
1. Pejabat Pentadbiran 13. bilik Bimbingan Kaunseling
2. Pejabat Guru Besar 14. Bilik Usahawan
3. Bilik Pen. Kanan 15. Bilik Tayang
4. Bilik Guru 16. Bilik Pemulihan
5. Bilik Mesyuarat 17. Bilik SPBT
6. Perpustakaan 18. Bilik j-QAF
7. Bilik Alatan 19. Bilik Operasi PPSMI
8. Bilik Komputer 20. Stor Pejabat
9. Makmal Sains 21. Stor Sukan
10. Bilik Muzik 22. Kantin
11. Bilik Kemahiran Hidup 23. Bilik Cetak
12. Bilik Pra Sekolah 24. Surau
KEMUDAHAN REKREASI
1. Taman Pra Sekolah
2. Padang
3. Galeri Bacaan
4. Tempat Letak Basikal
5. Tempat Letak Kereta
6. Pondok Menunggu
7. Pondok Keselamatan
8. Galeri PKJR
WARGA KERJA SKSD 2010
BIL | NAMA | JAWATAN |
1. | Haji Shafie bin YusuF | Guru Besar DG 44 |
2. | En. Mohd. Azhar b. Shahruddin | GPK 1 DG 41 |
3. | Pn. Hjh Ramlah bt Ismail | GPK HEM DGA32 |
4. | Pn. Hjh. Mariam bt. Ali | GPK KOKO DGA 32 |
5. | Pn. Puspa Julina bt Jaafar Sidik | DGA 32 ( Guru Cemerlang DG 32) |
6. | Pn. Haliza bt. Jelani | DG 44( Guru Cemerlang PSK) - Guru Bimbingan dan Kaunseling |
7. | Pn. Shimaton bt. Shamsuri | DG 41 ( Guru Pemulihan ) |
8. | Pn. Nafisah bt Ibrahim | DG 41 |
9. | Pn. Zuraini bt. Abd. Wahab | DG 41 |
10. | En. Mohd Saufi bin Ab. Manaf | DG 41 |
11. | Pn. Azrina bt Ahmad | DG 41 |
12. | Pn. Reddni bt Abdullah | DG 41 |
13. | Pn. Zuriana bt Mat Kassim | DG 41 |
14. | Pn. Che Azmaliza bt Che Ismail | DG 41 |
15. | Pn. Normizal bt Mat Yashim | DG 41 |
16. | En. Mohd Fauzan bin Ayub | DC 41 |
17. | En. Mohd Johan bin Mat Adam | DC 41 |
18. | Puan Nurul Asna Bt Mat Isa | DC 41 |
19. | Pn. Zaharah bt Hashim | DG 41 |
20. | Pn.Noraini Bt Yusof | DG 41 |
21. | Pn.Saniah bt Ibrahim | DGA 32 |
22. | En. Ismail bin Mohd Sudari | DGA 32 |
23. | Pn. Noorin bt. Abd. Karim | DGA 32 |
24. | Pn. Noraini bt Mohamed | DGA 32 |
25. | Pn. Anita bt. Attan | DGA 32 |
26. | Pn. Mashitah Hayati bt Hj Ahmad | DGA 32 |
27. | Pn. Rapiah bt Ismail | DGA 32 |
28. | Pn.Hasliza bt Md.Ali | DGA 32 |
29. | Pn. Hayati bt Mat Zin | DGA 32 |
30. | Pn. Zanariah bt. Ishak | DGA 32 |
31. | Pn.Norliza bt Samad | DGA 32 |
32. | Pn. Aida bt Samat | DGA 32 |
33. | Pn. Rusni bt Md.Yasin | DGA 32 |
34. | En. Yahaya bin Ramli | DGA 32 |
35. | En. Hashim bin Hassan | DGA 32 |
36. | En.Abd.Ghani bin Yahya | DGA 32 |
37. | En. Anuar bin Mohamad Azmi | DGA 32 |
38. | ||
39. | En. M. Asri bin Mohamad | DGA 29 |
40. | Pn.Noraini bt Samat | DGA 29 |
41. | ||
42. |
BIL | STAF SOKONGAN | JAWATAN |
1. | Cik Zalina bt. Hussain | KPT N22 |
2. | Pn. Khamisinah bt. Abd. Jalal | PT N22 KUP |
3. | En. Mohamad bin Kassim | PT N17 |
4. | En. Mohd. Nooh b. Amir | PAP N1 |
5. | Pn. Selamah bt. Jaafar | PAP N1 |
6. | En. Jemain bin Othman | PRA R1 |
7. | Pn. Sarawati bt. Yunus | PPM N17 |
8. | Pn. Tuan Nur Afni bt. Tn Ismail | PPM N17 |
Langgan:
Catatan (Atom)