Rabu, Oktober 14, 2009

TIP-TIP KOMUNIKASI BERKESAN

1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman berbicara kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berbicara. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.

2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai. Terutama kepada orang yang kita minta bantuan dan pertolongan.

3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Gunakanlah kata ganti nama yang sesuai yang dapat menunjukkan rasa hormat kita kepada teman berbicara itu seperti'awak', 'saya', 'encik', 'puan', 'pakcik' dan lain-lain lagi. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.

4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi i teladan sehingga orang mengkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain seperti menghormati orang lain, berbudi bahasa dan bersopan santun.

5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.

6. Melayani Dengan Rasa Hormat dan Sopan
Untuk membuat kawan bicara kita berasa selesa berkomunikasi dengan kita, perlulah kita menunjukkan rasa hormat, menunjukkan senyuman dan mempamerkan memek muka yang sesuai. Jangan sesekali mencemekkan muka kepada orang lain. Berkata-kata dengan jelas, lancar dan berhemah. Mengamalkan kesopanan dengan mengatakan “tolong”, “sila”, “maafkan saya”, dan “terima kasih” dalam perbualan.

7. Menjadi Pendengar Yang Baik.
Amalkan sikap terbuka terhadap apa yang diperkatakan. Jangan membuka rahsia peribadi orang lain. Pastikan gerak tubuh badan kita menunjukkan kita berminat dan ada keinginan untuk mendengar. Gunakan perkataan “ saya faham perasaan awak”, “ ya, saya tahu”, menggangguk-anggukkan kepala, dan menunjukkan gerak tubuh badan yang sesuai.

Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

WALLAHU A’LAM…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA