Selasa, Mac 23, 2010

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH




Sekolah ini ditubuhkan pada 19 November 1945. Bangunan
asalnya ialah sebuah rumah kediaman yang disewa daripada
seorang penduduk kampung yang bernama En. Tahir bin Kudrat,
yang merupakan sebuah rumah papan beratap daun nipah.


Tahun 1948 sebuah bangunan telah dibina oleh orang kampung secara bergotong-royong. Bangunan ini berbentuk bangsal yang berdinding kulit kayu, bertiang kayu bulat, atap nipah dan berlantaikan papan. Tahun 1954, pihak RIDA telah memberi bantuan membuat sebuah bangunan yang beratapkan zink dan berdidndingkan papan telah dibina oleh seorang pemborong Melayu. Pada tahun 1958 pula, sekolah ini telah mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur untuk membina sebuah bangunan tambahan.


Tahun 1973, oleh kerana pertambahan bilangan murid maka sekali lagi penduduk Kampung Sawah Dato’ telah bergotong-royong membina sebuah bangunan tambahan berdinding dan beratap nipah serta berlantaikan simen. Pada tahun yang sama


Kerajaan telah membina sebuah bangunan dua tingkat ( blok A )
dan sebuah kantin. Bangunan ini telah dibina oleh seorang pemborong Melayu.


Pada hari Isnin, 28 Jun 1976 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1396 sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dr. Mahathir bin Mohamad, Timbalan Pertana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada masa itu.


Pada tahun 1983 pula, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan ( bangunan pasang siap yang mengaqndungi 5 buah bilik darjah, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan. Pada tahun 1987, bangunan pasang siap itu telah digunakan sepenuhnya.


Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ telah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 dan telah menyiapkan sebuah bangunan sekolah yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada tahun 1993, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ telah melaksanakan dua sesi pengajian iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi adalah bagi murid tahun 1,3,4,5 dan 6 dan sesi petang bagi murid tahun 2 sahaja. Pada tahun 1994, SK Sawah Dato’telah menambah sesi petang bagi tahun 1 dan 2. Pada 1 Mac 1994 juga SK Sawah Dato’ telah dinaik taraf sekolah gred A.


Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ terus berkembang dari segi kemudahan fizikalnya. Pada tahun 1999, dua buah bangunan tambahan telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun tersebut. Dengan kemudahan bangunan dan bilik darjah yang mencukupi, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada 1 Jan 2000.






SENARAI GURU BESAR SK SAWAH DATO’,MERSING


1945 – 1946 : Tn. Hj. Jaafar bin Hj. Othman


1947 – 1948 : En. A. Rahman bin Manaf


1949 – 1950 : Tn. Hj. Md. Yusof bin Esa


1951 – 1965 : En. Abd. Rahman bin Mohamad


1966 – 1970 : Tn. Hj. Ali bin Uda


1970 – 1984 : Tn. Hj. Othman bin Abdullah


16.04.1984 – 15.12. 1987 : Tn. Sh. Abu Bakar b Sh. Hassan


15.12.1987 – 31.3.1989 : En. Omar bin Muhamad


01.04.1989 – 14.09.1989 : Pn. Hjh. Zauiah bt. Hj. Arshad


15.09.1989 – 15.02.1991 : En. Hamzah bin Mohamad


16.10.1992 – 1994           :  En. Abdul Rashid bin Hashi


1994 – 28.09. 1998          :  Tn. Hj. Anuar bin Hj. Fathlal


2.10.1998 – sekarang      :  Pn. Hjh. Sabihah bt. Hj. Sapuan        


                                                                                                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA