Rabu, Februari 11, 2009

MATLAMAT DAN OBJEKTIF UBK

MATLAMAT

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

OBJEKTIF

Menguasai kemahiran belajar dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran.

Mengetahui dan memahami minat kerjaya dan memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

Mengetahui sumber-sumber rujukan untuh melanjutkan pelajaran

ke IPTA/IPTS.

Mengetahui matlamat serta hala tuju selepas UPSR/PMR/SPM.

Dapat memperkembangkan potensi yang ada di kalangan pelajar dari aspek kepimpinan, sahsiah dan akademik.

Dapat mencegah serta mengurangkan tingkahlaku negatif para pelajar yang bermasalah ke arah kesejahteraan diri yang lebih bermutu

MINDA SEEKOR KATAK


Kalau disebut katak,ramai yang menunjukkan ekspresi geli,ada yang berasa takut dan seribu satu macam perasaan lain(terkenang pada sahabat-sahabat yang mencari katak sampai lewat malam dek kerana eksperimen biologi esok harinya^_^).Namun,katak ini begitu terkenal dengan perumpamaan yang tak perlu diberitahu maksudnya lagi,iaitu... Bagai katak di bawah tempurung.

Ada satu kisah menarik mengenai katak.Pada suatu hari(hai jadi pencerita pula...),seorang penyelidik mengambil seekor katak dan diletakkan ke dalam air panas yang sedang menggelegak. Apa lagi,sang katak pun bertindaklah seperti mana fight or flight response(cerita Biologi lagi>.<), melompat bagi menyelamatkan diri.Si penyelidik masih tidak berputus asa, lalu menangkap katak tersebut dan diletakkan di dalam seperiuk air sejuk,yang sedang dipanaskan. Baru betul habitat aku,'getus hati kecil sang katak(anggaplah katak ada hati). Suhu air pun makin lama,makin meningkat.Dek kerana terlalu leka, sang katak pun bertukarlah menjadi katak rebus.Tapi disebabkan tak dicuci terlebih dahulu,katak yang malang ini pun dibuang begitu sahaja,tanpa menjadi santapan bagi penggemar sup katak... (betul ke tidak cerita ini wallahua'lam).

Kalau direnung maksud peribahasa tadi,ia menggambarkan orang yang tidak mahu mengambil tahu(baca:peduli) tentang hal ehwal semasa.Cerita katak yang melompat mengelak air panas yang menggelegak pula menggambarkan orang yang bersikap reaktif,memberi respon(yang kadang kala melulu) pada sesuatu isu.

Orang boikot,dia boikot.Orang marah,dia pun marah. Apabila ditanya'Tahukah anda bila negara Israel ditubuhkan?'maka hanya segelintir sahaja yang dapat menjawab dengan betul(teringat pula pada keletah artis yang gelabah jawab soalan mengenai Rukun Negara dalam 1 rancangan T.V).Sekurang-kurangnya,ada juga kepedulian berbanding spesies 'katak di bawah tempurung' tadi.Masuk bab kedua sang katak yang malang tadi,itu menggambarkan orang yang begitu selesa dengan keadaan kini sampailah musibah menimpa buat jiwanya tak keruan...
(Contoh......alamak bro!!!, esok peperiksaanlah... gua tak habis baca lagilah pulak)... .

Samalah nanti apabila kita ditimbang dengan neraca agung dan diadili oleh Hakim Yang Maha Adil(ingatan jua buat diriku yang hina).Ada satu lagi perangai katak,iaitu suka melompat ke sana-sini.Oleh sebab Allah tak kurniakan makhluk-Nya yang seekor ini aqal(yang istimewa buat manusia sebagai khalifah),maka banyaklah katak yang mati di bawah tayar-tayar kenderaan.
Arakian,terbitlah simpulan bahasa 'mati katak',untuk orang yang mati secara sia-sia seperti kebanyakan dajal-dajal rempit dan juga hantu-hantu gian.Tetapi heboh juga seantero Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak mengenai orang yang suka 'melompat' seperti katak ni...ini.
Secara PERIBADI(bukan mewakili Warga SKSD le....), biarlah dan walau pun melompat ke pakatan rakyat ke atau ke barisan nasional ke, yang penting nawaitunya LILLAHI TAALA, berjuang demi keamanan negara, sejahteraan rakyat, bersatu padulah wahai muslim dan muslimah demi keharmonian dan kerukunan negara dan DEMI ISLAM (ingat Islam tidak mengajar kita jadi ganas....)
Sedangkan Nabi Musa diperintah Allah agar berbudi bahasa ketika berdakwah kepada FIRAUN yang terkenal zalim,maka siapa diri kita ini untuk melampaui batas perintah ALLAH kepada Nabi Musa tadi?
bak sabda Nabi S.A.W :



Kisah katak ini juga satu analogi secara tidak langsung terhadap firman Allah:


Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.
Surah Al-A'raf:ayat 179

Walau bagaimanapun,adanya katak dapat juga mengawal populasi penyebar Denggi & Chikunguya..... Rantai siratan makanan tu.... (Katak 0h... Katak.... kenapa kau makan nyamuk..... tentu jawab katak, aku makan sebab nyamuk yang hisap darah manusia tu.... memang makanan aku....).... Kira O.Klah tu dari manusia yang hisap darah sesama manusia.
Merenung ke dalam diri, barulah tersedar...
Kita pun ada minda katak juga(tapi tak banyak kot...)

Moga terhibur..... dan dapat pengajarannya.... (Cik Ja)

HALA TUJU SELEPAS PMR

1. HALA TUJU ANDA SELEPAS PMR

a.SEKOLAH MENENGAH HARIAN
( Sekurang-kurangnya lulus mendapat 1D)

b.SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH
c.MAKTAB RENDAH SAINS MARA
d.SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH SWASTA YAYASAN SAAD
e.MAKTAB TENTERA DIRAJA
( Lulus dan mendapat 7A bagi pelajar lelaki dan 8A bagi pelajar perempuan serta aktif kokurikulum)

f.SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT
g.SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
(Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya mendapat 3A)

h.SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL
(Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya 3C)

i.BEKERJA
(mengikut kelulusan yang ada)

2. UMUR
- 16 tahun ke atas
- Pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan atau pelajar sekolah swasta/calon persendirian

3. KELAYAKAN
- Sekurang-kurangnya lulus D satu mata pelajaran
- 7A bagi pelajar lelaki dan 8A bagi pelajar perempuan serta aktif menyerta kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
-Sekurang-kurangnya LULUS 3A dalam mata pelajaran yang ditetapkan
-Sekurang-kurangnya LULUS 2C dalam mata pelajaran yang ditetapkan
-Mengikut pekerjaan yang ditawarkan

4. KELEBIHAN MEMILIH SEKOLAH BERASRAMA PENUH
4.1 Berpeluang mengikuti pelajaran dengan lebih selesa dengan jumlah pelajar 25 orang dalam satu kelas
4.2 Tinggal diasrama dengan bayaran yang paling minima
4.3 Kemudahan dewan belajar, ibadah, makan dan riadah disediakan.
4.4 Rawatan kesihatan 24 jam dan percuma
4.5 Waktu belajar yang sistematik dan tersusun
4.6 Pemberian wang saku kepada pelajar yang datang dari keluarga
kurang mampu.

5.0 RUMUSAN
5.1 Peluang memilih sekolah yang baik dan selesa adalah bergantung kepada kelayakan PMR yang anda miliki
5.2 Lebih cemerlang keputusan anda lebih banyak pilihan untuk anda
5.3 Peluang sentiasa terbuka kepada anda tepuk dada tanya selera, sekolah bagaimanakah yang anda idamkan

6.0 INGAT ! ! !
Halatuju selepas PMR adalah penting kerana ia menentukan bidang kerjaya yang akan anda ceburi pada masa hadapan bergantung kepada subjek yang anda ambil untuk sijil terbuka di tingkatan 4 dan 5 sebagai tiket untuk anda melanjutkan pelajaran diperingkat Institusi Pengajian Tinggi.

PEMILIHAN KERJAYA

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat.
Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND
1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.
SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.

2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.
PEKERJAAN
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi
BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.
BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
CIRI-CIRI
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.
TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.
PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.
BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN

Sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur sepak terajang dalam kehidupan seharian.
Selepas sekolah - atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.
Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.
Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.
Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.
Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.
Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm
Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Menentukan Kerjaya Mengikut Minat Anda
Mungkin tiada sesiapa pun pernah terfikir mahu menjadi seorang aktuari, penganalisis sistem, ahli psikologi, atau pakar nuklear kerana jawatan sebegini tidak begitu didedahkan kepada kanak-kanak.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya termasuklah kerja sebegini tidak begitu melibatkan orang ramai, kurang permintaan terhadapnya dan diceburi oleh golongan atau kaum tertentu sahaja.
Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain. Anda boleh memasuki pasaran kerja melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah:

1. Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi.
Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk menjawat jawatan seperti ii, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

2. Program Politeknik, dan Vokasional.
Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusat-pusat latihan badan berkanun dan sektor swasta.

3. Program Sektor Awam
Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan.

4. Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta
Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dan badan profesional tempatan.

5.Latihan Angkatan Tentera atau Polis
Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

6. Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos
Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan.

ANALISIS KERJAYA DIRI
Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.
Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan.
Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat.

Anda boleh mencuba senarai semak berikut:

Subjek diminati di sekolah
a. Bahasa
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Bahasa Tamil
-Bahasa Mandarin
-Bahasa asing

b. Sastera
-Sejarah
-Geografi
-Kesusasteraan Melayu
-Pengajian Islam

c. Sains
-Kimia
-Fizik
-Biologi
-Matematik

d. Subjek praktikal
-Lukisan
-Sains Rumah Tangga
-Sains Pertanian
-Perakaunan
-Komputer
-Kemahiran Hidup
dan sebagainya...

2. Ko-kurikulum
a. Pasukan beruniform
-Pasukan Kadet
-Pasukan Pengakap
-Pasukan Pandu Puteri
-Pasukan Bulan Sabit Merah
Lain-lain...

b. Persatuan Praktikal
-Kelab Bahas/Pidato
-Kelab Kembara
-Kelab Komputer
Lain-lain...

c. Badan kemasyarakatan
-Kelab Interaksi
-Kelab Kaunseling
Lain-lain...

3. Hobi
a. Hobi di dalam rumah
b. Hobi di luar rumah

4. Aktiviti Luar Sekolah
a. Sukan
b. Kumpulan Keagamaan
c. Kumpulan Kemasyarakatan
d. Kumpulan Kebudayaan
e. Pertubuhan Kebajikan

5. Adakah anda suka bertugas
a. Di dalam pejabat?
b. Di luar pejabat?

6. Adakah anda suka bekerja
a. Sendirian?
b. Berkumpulan?

7. Bolehkah anda bekerja dengan orang lain di dalam
satu kumpulan?
a. Ya
b. Tidak

8. Adakah anda suka kerjaya yang melibatkan orang ramai?
a. Ya
b. Tidak

9. Apakah motivasi anda untuk bekerja?
a. Gaji
b. Kepuasan kerja
c. Kebajikan/perkhidmatan

10. Mahukan anda habiskan sebahagian besar hidup anda pada satu pekerjaan sahaja?
a. Ya
b. Tidak

Dengan membuat analisis jadual ini, anda dapat melihat kecenderungan diri anda.
Umpamanya, jika anda berminat menjadi seorang pakar kaji bumi ( anda mesti meminati mata pelajaran geografi, matematik dan sains. Anda juga mesti berminat melakukan kerja-kerja lasak di luar pejabat dan kerja penyelidikan di dalam makmal.

Buatlah analisis anda sendiri secara terperinci. Fikirkan dahulu selama seminggu atau dua minggu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjaya yang ingin anda ceburi.

Rabu, Februari 04, 2009

IBU BAPA PENJAMIN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya;
Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.
RENUNGAN
Anak-anak tidak dilahirkan terus,
berjaya, bahagia, pandai, menang …
Anak-anak juga tidak dilahirkan terus,
gagal, menderita, jahil, kalah …
Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

BAGAIMANA ANAK-ANAK INGIN DILAYAN ?
Kasih sayang bukan dibenci
difahami bukan dihakimi
diterima bukan ditolak
dihormati bukan dihina
ditolong bukan disakiti
keselesaan bukan digunakan
berkembang bukan beku/statik

PETUA IBU BAPACEMERLANG
Analisis diri dari kaca mata anak
sedari perbezaan anak
bercakap benar
praktis amalan baik
didik anak adab / kemahiran sosial
masa jitu mengajar anak
tunjuk pelakuan baik
wujudkan suasana positif di rumah tangga
guna belaian positif
padam rekod negatif
latih anak berfikir
dedah anak pelbagai pengalaman
berdoa khusus

KANAK-KANAK BELAJAR DARI APA YANG MEREKA ALAMI
Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dengan saksama
mereka akan belajar menjadi adil
Jika kanak hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.
Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan
mereka akan belajar kasih sayang.


PANDUAN CARA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA.
Amalkan nilai murni (percaya mempercayai, mengasihi, menghormati)
Saluran komunikasi terbuka.
Elakkan sikap mencari kelemahan remaja.
Fokus kebaikan - beri pujian.
Luang masa berkualiti.
Jadi pendengar baik - JANGAN berleter.
Senyum - bahasa badan menggalakkan.

Selasa, Februari 03, 2009

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.
Pelajar cemerlang akan:Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum.
-tidak ponteng kelas.

Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

Tahu teknik merangsang memori:-
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
-Sentiasa awal dan mendahului:-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul-memberikan tumpuan sepenuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
-Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
-Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
-Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
-Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
-Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).

Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

-Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
-Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
-Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Tahu petua mengulang kaji-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul-fikir dan ingat kembali isi utama-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain-buat rumusan
-jawab soalan-tampal maklumat yang rumit di dinding-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.
-Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

Tahu petua-petua agar tidak lupa:-
-jangan makan kepala ikan-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri

Tahu kemahiran mengingat:-
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajahgunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti

Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui.
Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga
-cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Semoga bermanfaat.

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA.

Firman ALLAH s.w.t. : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah
Ali ‘Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) *
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-
Baqarah, 2 : 128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,
25 : 74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan
atau motivasi) seperti : * menakutkan anak-anak dengan sekolah * menakutkan dengan
tempat gelap * menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau * menggunakan kekerasan
dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak * tidak menjadualkan kegiatan
harian anak-anak * terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif * mengeluarkan kata-kata kesat dan maki
hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). * membandingkan anak-anak dengan
anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani
(spiritual) dan minda (intelektual). * ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani .

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh
Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.
Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang
pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak
mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * ibu bapa tidak
menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada
di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak
terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah Seperti memberi salam,
makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam,
lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh
anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak
juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak
rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiaahnya masuk ke dalam
rumah .Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan
memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton. Samada
dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan
rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-
anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu
adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik
dengan didikan Islam.

Wallahu a’lam.

CABARAN KEIBUBAPAAN DALAM ERA GLOBALISASI

Keibubapaan adalah tanggungjawab paling utama bagi setiap ibu bapa. Keberkesanan ibu bapa menjalankan peranan mereka akan menyumbang kepada masa depan yang cerah bagi generasi akan datang.

Menurut Raymond Tan Shu Kiah (2002), ketidakupayaan ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik akan mempengaruhi generasi akan datang. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk menjadikan peranan ini sebagai keutamaan mereka dan memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran terkini agar mereka dapat menjalankan peranan ini dengan lebih berkesan.

Pada masa yang sama, peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masa kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu. Berbagai cabaran wujud dalam bidang ini yang kadangkalanya memberi kesan kepada interaksi dalam keluarga. Contohnya perkembangan dalam teknologi terutamanya dalam teknologi maklumat telah mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan juga pada sistem masyarakat keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, beberapa perkara penting sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas keibubapaan. Untuk memastikan keluarga kita stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, kita mesti mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Kita mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan kita dengan berkesan. Tugas ini merupakan suatu tugas berat kepada kita sebagai ibu bapa, dan kita harus bekerja keras untuk mencapainya.

Raymond Tan Shu Kiah (2002) berpendapat ramai orang beranggapan bahawa keibubapaan adalah suatu yang semulajadi kerana ia adalah salah satu fungsi yang harus dilalui oleh orang dewasa. Anggapan ini adalah tidak benar kerana keibubapaan yang efektif memerlukan persediaan, pembelajaran dan latihan seperti bidang profesion yang lain. Selaras dengan perubahan masa, kemahiran yang sedia ada harus disesuaikan dengan persekitaran yang baru.
Oleh itu keibubapaan tidak sepatutnya statik tetapi suatu yang dinamik. Untuk memastikan keibubapaan sentiasa efektif, ia mesti boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku disekitarnya.

Membesarkan anak bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Sejauhmana keberkesanan ibu bapa menjalankan peranannya bergantung kepada interaksi ibu bapa dan anak-anak mereka. Tingkah laku ibu bapa banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri ibu bapa tersebut, ciri-ciri anak-anak dan bagaimana hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Oleh itu untuk menjadikan proses keibubapaan lebih efektif, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting iaitu mempunyai persediaan yang lengkap dan kebolehan untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan semasa.

Individu harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap sebelum menjadi ibu bapa. Keupayaan tersebut boleh dicirikan oleh pengetahuan berbagai jenis strategi yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka. Setiap keluarga harus dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan untuk membolehkan mereka mendidik anak-anak mereka dengan lebih baik.

Sebagai tambahan, ibu bapa harus faham dan bersedia untuk mengemaskinikan pengetahuan mereka tentang perubahan pada persekitaran mereka. Sesetengah perubahan ini mungkin memerlukan mereka untuk mengubah corak keibubapaan dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Ibu bapa yang efektif akan menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi dunia luar, oleh itu untuk menjadi ibu bapa yang efektif mereka harus mengadaptasikan sebahagian corak keibubapaan mereka dengan perubahan terbaru dalam persekitaran mereka.

Pada masa yang sama, perkembangan teknologi sentiasa mengubah cara hidup kita pada masa kini, tidak kira dari hubungan antara satu dengan lain ataupun hubungan dengan persekitaran. Perkembangan teknologi ni juga sedikit demi sedikit menganggu hak individu. Dalam hubungan keluarga, kesan tekologi ini bergantung kepada interaksi dalam keluarga tersebut.
Sekiranya kita mempunyai anak, keibubapaan harus menjadi tanggungjawab utama kita. Didikan dan asuhan kita semasa mereka pada tahap kanak-kanak akan memberi kesan kepada kehidupan mereka apabila mereka dewasa nanti. Kita adalah hasil daripada asuhan ibu bapa kita dan begitu juga anak-anak kita pada masa hadapan. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan membentuk personaliti anak-anak kita, selain daripada persekitaran.

Sebagai ibu bapa, kita perlu menyediakan kasih sayang, dan kediaman yang selesa kepada anak-anak. Kita juga perlu berhadapan dengan realiti yang dunia kita pada masa kini menghadapi krisis. Sekiranya kita ingin melihat anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah, kita bertanggungjawab untuk mengubah keadaan pada masa kini. Ini merupakan tanggungjawab yang berat dan mencabar. Namun kerjasama semua pihak boleh mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Dengan itu kita boleh membesarkan anak-anak untuk menjadi golongan yang bertanggungjawab dan dapat membantu mewujudkan dunia yang harmoni untuk semua pada masa akan datang.

Anak-anak lahir ke dunia dengan trait fizikal yang berbeza dan cara interaksi yang tersendiri. Tingkah laku kanak-kanak adalah faktor utama yang mempengaruhi proses keibubapaan. Jantina kanak-kanak juga mempengaruhi proses keibubapaan kerana ibu bapa dan masyarakat mempunyai harapan yang berbeza bagi anak-anak lelaki dan perempuan. Stereotaip ini berbeza berdasarkan budaya dan mempengaruhi cara ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Hubungan diantara jantina ibu bapa dan jantina juga mempengaruhi cara didikan ibu bapa. Anak lelaki selalunya melihat bapa sebagai yang berkuasa dalam keluarga. Sekiranya ada anak lelaki dan perempuan dalam sebuah keluarga, anak perempuan mungkin kurang mendapat perhatian berbanding dengan anak lelaki, tetapi jika dibandingkan dengan dalam keluarga yang terdiri daripada anak perempuan, bapa mereka lebih banyak melibatkan diri dalam soal keibubapaan.

Sebagai kesimpulannya, saya percaya dalam era globalisasi dan K-ekonomi ini, perkara yang paling penting adalah menyediakan anak-anak yang boleh menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan mereka. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang penting untuk mendidik dan membantu anak-anak mereka menjadi lebih tabah,adaptif dan boleh menangani perubahan-perubahan yang berlaku pada persekitaran mereka. Dengan kata lain, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka supaya dapat mengadaptasikan diri dalam dunia tanpa sempadan pada masa kini.

Isnin, Februari 02, 2009

PROGRAM AKU JANJI




Tema :
ANAKKU SAYANG, PELAJARKU CEMERLANG, DIRIKU TERBILANG.

TARIKH : 17 JANUARI 2009

1. RASIONAL:
1.1: Didapati bahawa murid Tahun 6 masih tidak memandang serius
terhadap U.P.S.R.
1.2 Didapati juga ramai murid Tahun 6 yang tidak komited terhadap
tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan harapan sekolah.
1.3 Didapati hubungan erat tiga hala iaitu ibubapa, guru-guru dapat
membantu kejayaan para pelajar.

2. MAKSUD:
Program AKU JANJI adalah satu proses melafazkan akad dan janji antara tiga pihak untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu serta bersungguh-sungguh dan lebih komited terhadap pencapaian akademik dan mempertingkatkan peribadi mereka.

3. MATLAMAT:
Adalah diharapkan bahawa dengan ini , ibu bapa dan guru-guru menyedari
komitmen dan kerjasama mereka akan membantu pencapaian akademik
para pelajar.

4. OBJEKTIF:
4.1: Diharapkan bahawa Program ini menjadi pembuka tirai kepada
Program-program lain yang telah diaturkan bagi menghadapai UPSR.
4.2: Diharapkan bahawa dengan melafazkan janji murid-murid akan sedar
dan memberi keseluruhan penumpuan terhadap pencapai akademik
yang lebih baik.
4.3 Diharapkan ibu bapa akan membantu dan memberi semangat kepada
anak-anak di rumah untuk berjaya.

5. SASARAN:
Semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sawah Dato
yang menduduki U.P.S.R. bagi Tahun 2009 yang berjumlah 101
murid bersama ibubapa mereka.

KATA-KATA HIKMAH

Ramai yang bercakap bagaikan Ahli Falsafah tetapi hidup bagaikan Si Jahil.

Api menguji ketulenan emas. Kesengsaraan menguji ketulenan manusia.

Kebesaran manusia yang sebenar-benarnya ialah apabila seseorang itu Tawadhuk hatinya.

Sekiranya kemenangan yang kita fikirkan maka kejayaanlah yang kita perolehi.

Berikan senyuman pada segala insan, nescaya balasannya tidak pernah anda impikan.

Orang yang mengetahui banyak ialah orang arif tetapi seseorang yang mengenal diri sendiri adalah gagah perkasa.

He finds a treasure, who finds a true friends and from that moment on he knows no mather where he walks his lonely days are gone.

Besi lebih kuat daripada kayu dan lebih bermanafaat daripada emas dan intan. Akan tetapi, hati manusia tidak akan dapat dipatahkan dan ditakluki asalkan dia tahan cubaan.

Kesukaran adalah landasan pertama menuju kejayaan.

Manusia tidak kekurangan tenaga tetapi hanya kurang keazaman.

Kepuasaan tidak boleh dicapai tanpa usaha yang berterusan.

Orang yang suka membazir-bazir masa samalah seperti dia menundukkan usianya.

Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang suka bermusuhan.

Kita boleh menilai bunga dan kupu-kupu pada paras rupanya tetapi tidak manusia.

Lebih baik berusaha dan gagal dari mensia-siakan hidup tanpa usaha.

Ilmu adalah modal bagi si miskin dan kekurangan bagi si kaya.

Ilmu adalah khazanah yang tiada nilainya.

Manusia dinilai bukan dari ucapan dan pemikirannya tetapi dari perbuatannya.

Menghayati kesusahan orang lain akan menimbulkan keinsafan pada diri kita.

Kehidupan ibarat sekuntum bunga dan kasih sayang adalah madunya.

Satu kesilapan bukan lagi boleh dikatakan kesalahan sehinggalah kita tidak mengambil langkah untuk membetulkannya.

Semaikan satu idea dan sentiasa berusaha menjadikannya satu kenyataan.

Kehidupan tidak seindah barisan pelangi di dada langit.

Great souls remain humble even in their victory.

Every obstacle presents an opportunity to improve our condition.

Patience is a necessary ingredient of genius.

The one who know how to adjust, is the one who knows how to survive.

If I keep the weakness of other in my mind, they soon become part of me.

A man of knowledge lives by acting, not thinking about acting.

The biggest mistake in life is the mistake you haven’t learn from.

Is not whether you get knocked down, it is whether you get up again.

If I care only for myself, other will begin to care less about me.

The more I give, the more I receive.

If I always do my best, I will be free from regrets.

To tolerate

Selasa, Januari 13, 2009

KECANTIKKAN SEORANG LELAKI DAN KEGAGAHAN SEORANG WANITA

Kecantikan seorang lelaki
"Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi padamurni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikanyang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=======================================================

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yangada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

"Wallahualam.

Ahad, Januari 11, 2009

DI MANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA ?

TIPS KECANTIKAN SEMULAJADI


WAHAI WANITA, BAGI MENDAPATKAN BIBIR YANG MENAWAN, UCAPKANLAH KATA-KATA YANG BERHIKMAH DAN BAIK-BAIK SAHAJA.

UNTUK MENDAPATKAN BENTUK MATA YANG MENAWAN, WAHAI WANITA, CARILAH KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA DIRI SETIAP ORANG YANG KITA JUMPA DAN KENALI.

BAGI MENDAPATKAN BENTUK BADAN YANG LANGSING. JANGANLAH KITA LUPA UNTUK MEMBERI SEDIKIT MAKANAN YANG KITA PEROLEHI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

BAGI MENDAPATKAN RAMBUT YANG LEMBUT DAN CANTIK MAKA MINTALAH SI ANAK KECIL MENYISIRKANNYA PADA SETIAP PAGI DENGAN MENGGUNAKAN JARI-JEMARINYA YANG MULUS.

BAGI MEMPEROLEH KESEMPURNAAN AKHLAK, BERJALANLAH DENGAN ILMU PENGETAHUAN. KERANA ILMU AKAN MENYULUH DALAM KEGELAPAN HIDUP.

JANGAN PERNAH KECILKAN HATI SAHABAT KITA. INGATLAH SENTIASA, JIKA SUATU KETIKA ANDA MEMERLUKAN PERTOLONGAN, AKAN SENTIASA ADA TANGAN YANG PASTI TERHULUR.

DAN DENGAN BERTAMBAHNYA USIA ANDA, ANDA AKAN SEMAKIN MENSYUKURI NIKMAT DIKURNIAKAN KE DUA BELAH TANGAN, SATU UNTUK MENOLONG DIRI ANDA SENDIRI DAN SATU LAGI UNTUK MENOLONG ORANG LAIN.

KECANTIKAN WANITA BUKAN TERLETAK PADA PAKAIAN YANG DIKENAKANNYA, JUGA BUKAN PADA BENTUK TUBUHNYA, ATAU CARA DIA MENYISIR RAMBUTNYA, KECANTIKAN WANITA TERDAPAT PADA MATANYA, CARA DIA MEMANDANG DUNIA. KERANA, DI MATANYALAH TERLETAK GERBANG MENUJU KESETIAP SUDUT HATI MANUSIA, DI MANA CINTANYA DAN KASIHNYA DAPAT BERKEMBANG.

KECANTIKAN WANITA JUGA, BUKAN PADA KEHALUSAN WAJAHNYA, TETAPI KECANTIKAN YANG MURNI, TERPANCAR DARI JIWANYA, YANG PENUH KASIH SAYANG, SENTIASA MEMBERIKAN PERHATIAN DAN CINTANYA.

DENGAN DEMIKIAN, MAKA KECANTIKAN WANITA ITU AKAN TERUS TUMBUH SEPANJANG WAKTU........

RENUNGKANLAH WAHAI PARA SUAMI.....

Kepada,
Semua Insan Biasa Seperti Ku.

Tazkirah Wanita :

Akal Senipis Rambutnya, Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

DOA UNTUK KE DUA IBU BAPA

“BERDOALAH UNTUK IBU DAN AYAH KITA”

Kerana Merekalah Kita Dapat Melihat Dunia ini……
Kerana Mereklah Kita Menjadi Seperti Kini…….
Hargailah Mereka , Sayangilah Mereka…..
Sekaya Mana Pun Kita , Setinggi Mana Pun Kita….
Tanpanya Berdua Ianya Tidak akan Kita Capai…

Maka Doakan Lah Mereka……


Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka......... Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku, Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu ..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. Amin Ya Rabbul Alamin.. Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah ...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini. Ayah ... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu ...

Amin..Amin..Amin.. Yarabana'alamin

Khamis, Januari 08, 2009

PERANCANGAN STRATEGI BELAJAR

TIGA LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK BELAJAR

SETIAP pelajar harus mempunyai perancangan belajar yang strategik iaitu menepati kehendak dan sasarannya. Perancangan yang strategik dapat menjimatkan masa, tenaga serta dapat belajar dengan lebih selesa. Berikut disenaraikan beberapa cadangan yang merupai langkah yang sepatutnya para pelajar lakukan sewaktu belajar. Ianya juga merupakan persediaan belajar setiap hari untuk sepanjang tahun.

Semak dan sekiranya anda belum mempunyai perancangan ini sila rancangkan segera. Para ibu bapa juga boleh membantu anak-anak dalam merangka perancangan ini. Bagai ibu bapa perancangan ini merupakan salah satu senarai atau "checklist" untuk membuat pemantuan anak-anak.

Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh seseorang pelajar dalam rancangan belajar setiap hari.

1. Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS)
· Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA, PELAJARAN, TOPIK
· Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu contohnya sebelum 2.00 ptg. bagi hari sekolah. Atau sebelum 7.00 pg. pada hari cuti.
· JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut.
· Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat. Contoh 2.30 ptg – 3.30ptg.
· Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk atau topik dan disertai dengan muka surat dan nombor soalan yang ingin dibuat. Contoh: Matematik, (pelajaran), operasi tambah (topik), ms. 34 soalan 1 –15.
· Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS ini.
·
2. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.
· Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.
· Ianya membantu pemahaman dan dapat mengingat satu-satu topik dengan lebih cepat.
· Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Sila berhubung dengan cikgu untuk mendapat peneangan cara untuk membuat peta minda ini. Diseini disediakan contoh membuat peta konsep.
· Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail.
· Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta , huraian ringkas dan juga gambar.
· Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati.
· Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat dengan cepat.

3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE)
· Ianya merupakan satu analisis atau rumusan sepanjang minggu pelajaran yang dipelajari di sekolah.
· Tujuannya ialah mencatat dan mengenalpasti topik-topik dan juga bahagian-bahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu.
· Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada guru, membuat latihan lanjutan dan sebagainya.
· Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN , TOPIK, ISI / HURAIAN , TOPIK/BAHAGIAN YANG TIDAK DIFAHAMI , & TINDAKAN.


Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar untuk menuju ke arah kecemerlangan.


SEMOGA BERJAYA ………………

MASALAH YANG MENGGANGU PELAJAR

Berikut adalah keputusan masalah yang mengganggu pelajar. Laporan yang diberikan adalah kepada masalah yang diceritakan diri pelajar lebih daripada 30%, dan masalah yang mengganggu yang mempunyai kekerapan lebih daripada 10%.

Masalah Penyesuaian Terhadap Kerja-Kerja Sekolah.
Daripada sebelas kategori masalah, masalah yang berkaitan dengan penyesuaian terhadap kerja-kerja sekolah yang paling banyak mengganggu pelajar. Daripada 18 item yang tergolong dalam kategori ini, lapan daripadanya didapati mengganggu (Jadual 1)

a) "Bimbang tentang pencapaian dalam peperiksaan".
Pelajar yang prihatin terhadap pelajaran mereka tentu akan merasa bimbang terhadap pelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan. Dalam konteks sekolah berasrama penuh, ibu bapa dan juga masyarakat menjangka keputusan yang cemerlang dari sekolah berkenaan. Dengan demikian, bolehlah diandaikan pelajar sekolah asrama penuh merasa risau dan tertekan kerana mereka menyedari tentang hakikat ini dan cuba membuktikan kehandalan mereka dalam bidang akademik. Pembolehubah ini berkaitan dengan tingkatan(khi kuasa-dua = 54.06 dan p < .001) (Jadual 2). Bagi mereka yang mengatakan masalah ini mengganggu, lebih ramai dari tingkatan dua (43%) yang merasa demikian.
Jadual 1

Penyataan Masalah

a) Penyesuaian Terhadap Kerja-Kerja Sekolah
Masalah dan Kekerapan
1. Bimbang tentang pencapaian peperiksaan. 30%2.
2. Takut gagal dalam peperiksaan. 26%3.
3. Tidak dapat memahami beberapa mata pelajaran 24%.4.
4. Tidak dapat menumpu kepada pelajaran sekolah 17%5.
5. Bimbang menghadapi peperiksaan. 17%6.
6. Tidak belajar dengan secukupnya. 17%7.
7. Lemah daya ingatan. 17%8.
8. Tidak tahu cara belajar yang berkesan 16%

b) " Takut Gagal Dalam Peperiksaan"
Selain daripada merasa bimbang tentang pencapaian dalam peperiksaan kebanyakan pelajar takut gagal dalam peperiksaan kerana keputusan peperiksaan akan menentukan masa depan mereka. Keputusan yang cemerlang akan menjamin pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPT, manakala keputusan yang buruk tidak akan membawa mereka ke mana-mana.

c) " Tidak Dapat Memahami Beberapa Mata Pelajaran Dengan Memuaskan "
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat memahami mata pelajaran dengan memuaskan. Antaranya ialah kaedah pengajaran guru tidak sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Hampir dua pertiga (65%) daripada responden memilih pernyataan ini. Dan bilangan pelajar yang mengatakan masalah ini mengganggu mereka adalah sebanyak 29% daripada sampel. Pola perkaitan bagi pernyataan ini adalah signifikan bagi tingkatan (khi kuasa-dua = 68.71 dan p < .000. Lebih daripada 40% pelajar tingkatan dua yang memilih pernyataan ini mengatakan masalah ini mengganggu mereka. (Jadual 3)d) " Lemah daya ingatan " Setiap orang pelajar inginkan daya ingatkan daya ingatan yang baik kerana kelebihan ini akan membantu mereka mengekal maklumat yang telah dibaca atau dipelajari. Data kami menunjukkan 40% daripada responden memilih pernyataan ini, di mana 17% pula mengatakan masalah ini mengganggu mereka. Pembolehubah ini tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tingkatan, kelas sosial atau tempat asal pelajar.

d) " Bimbang Menghadapi Peperiksaan "

Perasaan bimbang atau risau menghadapi peperiksaan adalah perkara biasa kerana pelajar lazimnya takut tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Perasaan cemas ini akan menjadi lebih serius lagi jika pelajar kurang bersedia. Hampir separuh daripada pelajar memilih pernyataan ini dan 17% mengatakan masalah ini mengganggu mereka.

e) " Tidak Belajar Dengan Secukupnya "
Sebahagian besar kehidupan pelajar berkisar kepada kehidupan pelajar berkisar kepada aktiviti pembelajaran. Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap orang pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Walaupun kelas prep diadakan pada setiap hari. Pada setiap hari (kecuali pada hujung minggu, hampir separuh daripada responden mengatakan mereka tidak belajar dengan secukupnya. Ini memberi tanda tanya sama ada waktu prep tidak mencukupi atau pelajar tidak tahu memaksimumkan masa yang diperuntukan kepada mereka untuk belajar.

f) " Tidak Dapat Menumpukan Kepada Pelajaran Sekolah "
Beberapa perkara boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran sekolah. Antaranya ialah masalah peribadi (sama ada sosial, psikologi atau emosi), yang menarik pelajar daripada memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Andaian kami ialah lebih ramai pelajar di tingkatan rendah yang akan mempunyai masalah ini, kerana salah satu daripada sebabnya ialah mereka baru mengalami kehidupan berasingan daripada keluarga mereka.h) " Tidak Tahu Cara Belajar Yang Berkesan "

Sebagai pelajar, adalah penting bagi mereka bagi memperolehi teknik belajar yang berkesan yang kemudiannya dapat membantu mereka mendapat prestasi yang baik. Walaupun pelajar dapat dikatakan kumpulan elit kerana telah dipilih masuk ke sekolah berasrama penuh, sebahagian daripada mereka mengatakan mereka mempunyai masalah tidak tahu cara belajar yang berkesan.

Dipetik dari:-
Jurnal Psikologi Malaysia 9 (1994)Kajian Kes di Sekolah Asrama Penuh
oleh:Noran Fauziah Yaakub dan Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim

KONSEP KENDIRI

Apakah konsep kendiri ?
"Konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang anda".
"Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas, bimbang, begitu juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan".
Konsep kendiri positif
Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.

Kelebihan konsep kendiri tinggi/positif
1. Dapat menilai diri mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap/berkebolehan.
2. Bertindak dengan positif.
3. Memikul tanggungjawab.
4. Menahan perasaan kekecewaan dengan baik.
5. Rasa dapat mempengaruhi persekitaran.
6. Berasa bangga dengan perlakuan sendiri.
7. Pencapaian gred yang tinggi.
8. Lebih bersedia menerima risiko.
9. Menerima diri dengan lebih positif.
10. Menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri.

Kesan negatif konsep kendiri/Penghargaan kendiri yang rendah dan negatif
1. Mereka cenderung untuk merasa bersalah.
2. Takut kepada kegagalan.
3. Sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati.
4. Ada kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah.
5. Tidak gemar kerja yang mencabar.
6. Kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar.
7. Kurang berminat untuk mendapatkan maklumbalas.
8. Melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari segi personaliti.

Konsep kendiri rendah
1. Mudah rasa kecewa.
2. Sering menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri.
3. Mengelak situasi yang sukar.
4. Terdapat kaitan antara gangguan dalam pemakanan dengan konsep kendiri yang rendah.
5. Mudah mengikut orang lain.

Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan ibu bapa
1. Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka.
2. Remaja yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mempunyai penghargaan kendiri tinggi.
3. Terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan kendiri remaja.
4. Penghargaan kendiri remaja berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.
5. Minat, galakan dan sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri.
6. Semakin remaja merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.

Membina konsep kendiri
Terdapat kanak-kanak menahan diri daripada menuju ke arah yang mereka inginkan melalui perkataan atau bahasa yang digunakan seperti "saya jahat" atau tidak berguna dan sebagainya. Kita boleh membantu anak sedar bahawa bukan diri mereka yang "jahat" atau tidak berguna, tetapi perlakuan yang khusus sahaja.
Hubungan dengan orang lain memainkan peranan yang penting dalam pembentukan konsep kendiri anak. Sebagai contoh jika anak gagal mendapat kawan, ini boleh menjejaskan konsep kendiri mereka. Menerang tentang diri seperti matlamat, nilai, kekuatan dan kelemahan, gaya hidup dan lain-lain. Fokus kepada pengenalan diri dan mempunyai idea bahawa "saya bangga menjadi saya".
Anak menyedari tentang anggota badan boleh membantu dalam pembentukan konsep kendiri untuk mengetahui mengenai diri, anak perlu sedar perasaan diri, tahu mimik muka sendiri, bagaimana ia bergerak, relaks, mesej-mesej anggota badan.
Aktiviti untuk menunjuk arah tujuan diri, tentang apa yang ingin dicapai dan siapa yang mereka mahu jadikan contoh. Apakah matlamatnya dan pelan tindakannya ?

Dipetik daripada :-
Membina Kendiri Unggul Berkarisma
Amer Shakir Zainol
Kaunselor UiTM Segamat.

Isnin, Januari 05, 2009

TEKNIK BELAJAR SQ3R

Belajar melalui teknik SQ3R
PELBAGAI teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan. Salah satu daripadanya dikenali sebagai SQ3R. SQ3R singkatan kepada perkataan Survey (tinjau), Question (soal), Read (baca), Recall (ingat semula), Review (mengulang).

Teknik ini amat sesuai digunakan oleh pelajar ketika membuat rujukan dan mengumpul bahan untuk tujuan penulisan tugasan. Langkah berikut boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan:

Survey (tinjau):
Pada tahap ini pelajar hanya perlu membaca secara keseluruhan bahan tersebut termasuk pada bahagian pengenalan, tajuk dan tajuk kecil serta meneliti sebarang carta, gambar, lakaran rumusan serta maklumat lain yang berkaitan secara sepintas lalu. Pelajar tidak perlu mengingat atau menghafal fakta-fakta yang dibaca.

Question (soal):
Selepas membaca secara keseluruhan pelajar harus bertanya apa yang diketahui secara kasar? Adakah ia bertentangan dengan pemahaman anda? Adakah isinya berkaitan dengan tajuk atau bahan yang dicari? Apakah yang menarik pada bahan ini ? Adakah fakta-faktanya dapat menyokong tugasan yang dibuat?

Read (baca):
Baca pada bahagian-bahagian yang berkaitan sahaja yang dianggap penting dan releven. Bacaan ini adalah hasil daripada apa yang anda telah tinjau dan soal. Sebagai contoh, ketika meninjau anda telah mengenal pasti beberapa carta, lakaran atau maklumat yang penting. Oleh itu bacaan anda perlu tertumpu ke arah ini. Begitu juga keadaannya ketika anda mengemukan soalan. Jika anda dapati soalan-soalan yang dikemukakan hasil daripada pembacaan relevan dengan tugasan yang hendak anda lakukan, maka pembacaan secara menyeluruh harus dilakukan pada bahagian tersebut.

Recall (ingat semula):
Mengingat semula dan memahami apa yang dibaca adalah penting untuk tujuan mengumpul fakta. Untuk itu adalah wajar pada peringkat ini pelajar menggaris, mewarna, mencatat nota serta merumus pada bahagian-bahagian yang penting. Anda juga boleh menyebut semula fakta-fakta tersebut secara lisan.

Review (mengulang):
Apabila fakta-fakta penting telah dapat dikumpul, maka anda perlu mengulangi bacaannya beberapa kali. Untuk tujuan hafalan jika ia memerlukan anda berbuat demikian, pengulangan perlu dibuat setiap hari pada bahan yang anda kumpulkan itu.

SQ3R sekurang-kurangnya mampu memberi satu halatuju ketika membuat pembacaan serta pengumpulan isi. Tanpa ada sesuatu teknik, pelajar tidak mempunyai fokus dan akhirnya rasa bosan akan menjejaskan tugasan.
SQ3R juga sesuai dijalankan secara kumpulan kecil. Walau bagaimanpun penentuan topik serta kesungguhan penyertaan ahli kumpulan adalah faktor yang penting untuk menjayakan teknik pembelajaran ini secara kumpulan.

BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

Belajar secara berkumpulan

BELAJAR secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Walau bagaimanpun amalan ini perlu dilakukan mengikut peraturan yang dinyatakan di bawah agar usaha ini dapat memberi kesan kepada murid.

Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

• Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

• Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Gangguan kebisingan haruslah dijauhi.

• Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada cuti hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Bahan latihan dari ADaP adalah contoh yang baik untuk murid berbincang. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA