Ahad, Mac 22, 2009

HIJRAH MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG

Oleh : Norazifi Mohamad @ Mohamed
Panel Penulis JAKIM

Episod penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum muslimin dari Mekah ke Madinah mempunyai hikmah yang bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga memberikan nafas baru dalam hubungan sesama manusia. Masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu sangat kuat dengan semangat assabiyahnya sehingga sering berlaku pertumpahan darah sesama kabilahnya. Hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah yang membawa bersama akidah Islam yang suci telah membentuk cara hidup berlandaskan Islam.
Hijrah telah menukarkan prinsip taksub dan amalan jahiliyah kepada ketaatan yang total kepada Islam. Hijrah Rasululullah s.a.w ini membawa dakwah Islamiah kepada tahap kedua iaitu perlaksanaan ajaran Islam sepenuhnya terutama jihad di mana sebelum itu selama tiga belas tahun di Mekah, seruan Islam lebih menekankan aspek tauhid dan keimanan kepada Allah. Tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah iaitu hasil dan berkat peristiwa hijrah ini maka bermulalah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan selepas itu mengajar umat Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab terhadap sesama manusia yang merangkumi sistem pentadbiran, ekonomi, politik dan kemasyarakatan termasuklah sistem kekeluargaan dalam Islam. Berdasarkan dua peringkat dakwah Islamiah ini, dapatlah diambil satu pengajaran iaitu dalam membentuk keluarga Islam yang cemerlang, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memperkuatkan akidah dan keimanan terutama kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,
'Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)' ... untuk mengetahui lebih lanjut.. sila klik di sini

Khamis, Mac 19, 2009

DOA UNTUK ANAK


Semua pembaca yang dirahmati Allah,
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati . Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak-anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak-anak.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:“ Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Juga Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak menelaah buku-buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.
Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selain itu, selepas sembahyang lima waktu, saya mengamalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”Sebaik-baik memohon doa adalah diwaktu tengah malam.
Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.
Selamat mencuba.“ Doa itu senjata orang mukmin”
Sekian. Wallahu'lam.

Khamis, Mac 12, 2009

AHA... BRO MIE, CIK JA DAH JAWAP TAG EK...

AHA... BRO MIE, CIK JA DAH JAWAP TAG EK...
1. tunjukkan gambar muka depan buku yg awak baca baru kejap td sblum ngadap pc (guna pc cam pun bleh)
2. citer ar skit pasal buku tu!
3. Anda minat atau tpaksa baca buku tu?
4. cabar sekurang2nya 4 org jawab tag anda!
5. letakkan link diorg kat blog anda! tu jerk.....sonang kan?


INILAH BUKU YANG BARU JE CIK JA HABIS BACA

Selepas hantar anak tuisyen, cik ja singgah kat Kedai Angsini.... terjumpa komik kegemaran Cik Ja dan anak-anak...
Kalau dah membaca tu, memang tak ingat dunia... asyik sangat, dok gelak sorang-sorang... ingatkan masa kecik2 je suka baca buku kartun... rupanya dah 'tua' pun masih camtu gak... kuang... kuang.. kuang...

Cakap kat cik abang, konon belikan buku tu untuk anak, masih lagi dalam kereta, cik ja yang akan belek terlebih dahulu... he he he

Cik ja pasti yang pertama akan terus mengadap buku ni...baca mesti sampai khatam plak tu... baru past kat anak... kekadang kongsi baca sama-sama

Ceritanya tentang si Kucing bernama Doremon yang menjadi kawan baik kepada budak bernama Nobita...

Yang bestnya Si Doremon ada poket di perut yang boleh keluarkan berbagai alat untuk menolong Nobita melawan budak nakal bernama Giant dan Sunyu... Si Nobita ni selalu kena buli jer...

Alat tu juga Nobita guna untuk mengelakkan dirinya dari Mamanya yang garang... asyik suruh belajar.... buat kerja sekolah.... dan kerja-kerja di rumah....( sebenarnya Si Nobita ni memang malas belajar... selalu dapat markah "000")

Nobita ni juga suka menunjuk-nunjuk, alat yang dipinjam pasti akan ditujukkan kepada gadis comel yang diminatinya bernama Sitsuka. Kononnya nak tunjuk hebatlah....

Doremon ni banyak 'magic"....dia ada pintu ajaib, buka je pintu mereka bolehlah ketempat-tempat yang mereka ingin pergi...

Doremon juga ada kipas yang boleh mereka pasang di kepala dan terbang.... seronok....

Tapi kesian Doremon ni... Nobita selalu je menyalahgunakan alat yang pinjamkan... sehingga timbul berbagai masalah lain...

Doremon selalu menjadi susah kerana Nobita... selalu terpaksa bantu Nobita bila alat dah rosak... Budak Nobita degil dan tak reti-reti serik...tak nak dengar arahan dan nasihat....

Cik Ja masa kecik selalu berangan nak cari kucing macam doremon... boleh minta macam-macam... dan boleh buat apa sajer... tapi Cik Ja tak nak degil macam Nobita.. tak nak susahkan Doremon yang baik tu...

Bacalah... seronok tau... baca komik ni...!!!

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM DAERAH MERSING 2009


Terangkat kaki Cikgu Zuraini mendengar celoteh Cikgu Hasliza... Hang dok cengita apa tu???
Sesekali berkumpul di luar waktu P&P seronok juga... Lepaskan tension....
Rajin betul Cikgu Normizal menyusun sijil-sijil atlet... Cikgu tetap cikgu.. sentiasa perihatin...


Tahniah... SKSD berjaya merangkul Johan Keseluruhan
Sekolah Rendah MSSM Daerah Mersing... Cayalah!!!!


Inilah antara guru-guru yang telah bertungkus lumus melahirkan barisan atlet cemerlang..
Tahniah Cikgu.... berbaloi pengorbanan cikgu buat latihan setiap petang dan hujung minggu...


Wajah-wajah ceria guru-guru yang bertugas sebagai pegawai kejohanan.. dan pengurus pasukan..
Walaupun panas membakar... hujan yang tak dijangka... semangat tetap berkobar!!!


Guru-guru dan para atlet menunggu keputusan Kejohanan Olahraga...
Dalam hati... dah agak... mesti dapat johan punye....


Nur Awatif Binti Abd Jamal... ( anak Ustazah Hayati ni... )
Berjaya merangkul Johan Keseluruhan Perempuan Bawah 12 MSSM Daerah Mersing..
Tahniah... Warga SKSD berbangga dengan pencapaian kamu...

Rabu, Mac 11, 2009

ADAKAH ANDA STRESS?


Pengenalan

Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.

Bagaimana kita boleh stress?

Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.

Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.

Apakah yang patut kita buat?

Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi.

Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus. Untuk mengetahui lebih lanjut... klik disini..

Selasa, Mac 10, 2009

CERAMAH MOTIVASI DARI SYARIKAT INTERACTIVE LEARNING SOLUTION

TAJUK CERAMAH : KENALI POTENSI DIRI ANDA...
TEMPAT : KANTIN SKSD
TARIKH : 10.MAC.2009
MASA : 8.30-9.30 PAGI




Khusyuk mendengar dan mencatat tip-tip belajar yang diberikan.


Pelajar diberi panduan cara memperolehi 5A


Bersemangat untuk mendapat 5 A...


Semoga tercapai hasrat utuk mendapat 5A

Tak mustahil jika betul caranya..... 5A pasti dalam genggaman..


Jumaat, Mac 06, 2009

Latihan dan Demontrasi Kebakaran SKSD


Seronok sekali pelajar-pelajar SKSD diberi peluang menaiki kereta bomba...


Pegawai bomba menerangkan cara memadamkan api yang betul...

GPK HEM... Puan Ramlah menunjukkan kebolehan memadamkan api... sporting gitu...

Nampaknya... selepas demontrasi ni ramailah pelajar SKSD ingin menjadi ahli bomba pula...


Penerangan tentang fungsi dan kerjaya sebagai ahli bomba...

BUSUKNYA KEBENCIAN...

Seorang guru telah mengadakan satu "permainan". Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan diberi nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, dan jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...tergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Seperti mana arahan guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci.

Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut ke mana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 biji kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega kerana penderitaan mereka akan segera berakhir. Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama seminggu ?

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.

Guru pun menjelaskan apa erti dari "permainan" yang mereka jalankan. Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. "

Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut ke mana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang-kentang busuk) kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya..."

Sebagai pengajaran :
Kita mestilah membuang rasa kebencian di dalam hati, kerana rasa kebencian akan membuat hati menanah dan menjadi busuk... sehingga membawa penyakit hasad dan dengki.... fitnah-menfitnah....

Akhirnya kita juga akan merana kerana merasakan semua orang yang ada sekeliling kita tidak menyukai kita dan mempunyai rasa kebencian terhadap kita juga. Kita akan dikejar oleh bayang-bayang ketakutan terhadap kebencian yang ada dalam hati kita sendiri....

Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif dan janganlah suka buruk sangka terhadap orang lain, jangan asyik menunding jari ke arah orang lain... sesekali muhasabah diri kita sendiri... tidakkah kita juga selalu menyakiti hati orang lain dengan kata-kata sindiran, gerak-geri tubuh dan memek muka kita....

Maka belajar memahami diri orang lain... belajar memberi kemaafan... belajar memberi keikhlasan dalam tutur kata dan perbuatan... jujur dalam perhubungan... InsyAllah hati akan tenang... setenangnya....

Dan ingatlah kita tidak akan hidup selamanya... satu hari kita memerlukan seseorang untuk memandikan kita, mengkafankan kita... menyembahyangkan kita... dan akhirnya mengkebumikan kita....

Biarlah akhir hidup kita dikelilingi dan diiringi oleh orang yang menyayangi kita.... dengan seikhlas-ikhlasnya.... yang juga dengan seikhlas-ikhlasnya mendoakan kesejahteraan kita di alam barzakh....

Ahad, Mac 01, 2009

7 PERKARA MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI PAGI HARI

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
SELAMAT MENCUBA..
SELAMAT BERAMAL...

MENJADI MANUSIA CEMERLANG


MENJADI manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.

Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.

Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Benar, ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat.

Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud:
"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

"Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?

Jawab Umar: Ya, pernah.Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia.

Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat.

Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan:

Pertama: Laburkan masa untuk merancang hidup.

Kedua: Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

Ketiga: Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.

Keempat: Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.
Kelima: Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

Keenam: Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.

Ketujuh: Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

Kelapan: Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.
Kesembilan: Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Wallahualam.., semoga bermanfaat.aminn..
It's for life, not for school that we learn...!

PETUA PELAJAR CEMERLANG

Ramai pelajar yang kecewa dan menyesal ketika menerima keputusan peperiksaan yang tidak begitu membanggakan. Kekecewaan dan penyesalan ini timbul kerana usaha yang bersungguh-sungguh telah di buat, namun untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak berhasil.

Ramai pelajar yang gagal dalam ujian atau peperiksaan bukan kerana mereka tidak berusaha, tetapi banyak aspek harus diambil kira, seperti disiplin belajar, jadual belajar atau teknik menjawab yang kurang berkesan.

Pelajar yang berhasrat untuk mendapat keputusan yang cemerlang, haruslah memperlengkapkan dirinya dengan beberapa petua menjadi pelajar yang cemerlang. Di bahagian ini akan disenaraikan beberapa petua yang boleh diikuti pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang mampu menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Petua-petua tersebut ialah:-
-menghormati ibu bapa
-yakin kepada kebolehan diri
-teknik belajar yang berkesan
-bercita-cita tinggi
-melihat proses belajar dari sudut positif
-belajar berterusan
-bijak mengurus masa
-taat perintah agama
-berdisiplin
-menghormati guru

Khamis, Februari 26, 2009

DAKWAH BERKESAN JIKA FAHAMI JIWA REMAJA

Tajdid Iman:Bersama Dr Juanda Jaya

DULU pernah berdiri seorang pemuda berumur 25 tahun yang gagah berani meredah samudera Atlantik sambil mengangkat panji Islam yang dijunjung tinggi sambil berseru:
“Demi Allah SWT, jika aku mengetahui bahawa di seberang lautan ini ada daratan, nescaya akanku harungi dengan kudaku atas nama Lailahaillah.”

Akhirnya Afrika jatuh ke tangan pemuda itu. Dialah Panglima ulung, Uqbah bin Nafi. Tapi kini, berdiri seorang pemuda cukup berani, menjelajah sepanjang jalan di kegelapan malam, bangga menjadi seorang lelaki yang tidak takut mati.

Demi gemuruh tepukan dan sorakan teman yang tidak siuman dan pembebasan diri daripada tekanan kehidupan. Dia berhasil menjadi ‘raja’ jalanan dengan enjin kuda canggih yang boleh menerbangkan nyawa seketika.

Lelaki itu bangga berasa diri hebat tetapi tidak tahu untuk apa kebanggaan itu. Dan sampai bila akan berakhir kepalsuannya. Sampai bila kepuasan itu boleh mengubat hatinya. Pemuda yang merempit semakin ditohmah dan dikeji, mereka semakin berani, siapakah yang boleh memahami jiwa pemberontak ini?

Sebahagian yang lain masih bersekolah dan terbabit pula dengan gangsterisme dan vandalisme. Mengapa ibu bapa, guru, dan kita sendiri sebagai anggota masyarakat tidak mampu membimbing dan mendidik mereka? Di mana silapnya?

Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan pemuda yang keras dan ganas seperti Umar. Bahkan pemuda itu pernah berjanji akan membunuhnya. Dengan apakah Nabi SAW menakluki hati sekeras karang milik Umar?

Dan sudah terbukti pemuda berani bangsa Quraisy yang ditakuti akhirnya bertekuk lutut di hadapan Baginda SAW. Apakah rahsia yang tersimpan dalam dakwah dan bimbingan Rasulullah SAW kepada setiap pemuda itu?

Pendekatan psikologi amat diperlukan oleh orang yang gagal dalam hidup. Mereka mengharap bimbingan bukan tohmahan. Bimbingan terbaik adalah melalui penaklukan hati dan perasaan. Pepatah mengatakan, ‘Sesiapa yang mahu menakluk seseorang maka kuasailah hatinya’.

Pemuda bermasalah ini mahu melihat kita dengan wajah yang ramah dan mesra. Wajah yang apabila dipandang mengingatkan mereka kepada Allah Taala. Tiada sedikitpun iras kebencian yang dipamerkan. Sikap mahu bersahabat dan prihatin perlu ditonjolkan.

Mereka sebenarnya dalam keadaan tenat, kehilangan arah dan tidak tahu bagaimana mahu menyelamatkan diri daripada kancah kejahatan. Jika orang yang berada di sisi mereka hanya mahu menghukum dan mengeji saja, mustahil mereka boleh bangkit melainkan dengan ketentuan Allah SWT.

Anak kita di rumah amat dahagakan kasih sayang ikhlas ibu bapanya. Bilakah kali terakhir kita sudi mendengar luahan hati mereka? Atau mereka takut mengutarakan maksud di hati disebabkan gaya kepimpinan kita yang kuku besi?

Jika Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang anak mengenai siapakah yang paling utama untuk dicurahkan kepadanya kasih sayang, maka sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Ibumu, ibumu, ibumu dan ayahmu.”

Bagaimana anak boleh mencurah kasih jika ibu bapanya adalah musuh utamanya. Herdikan dan caci maki menjadi santapan utama setiap hari. Ibu yang tertekan dan ayah yang serba tidak kisah apa yang terjadi di rumah. Anak menjadi mangsanya, keluar daripada rumah membawa hati yang penuh benci dan mahu memberontak. Semuanya bermula dari rumah.

Anak itu lahir dan membesar tanpa iman kerana kedua-dua orang tuanya tidak menyediakan iman sebagai keperluan asas untuk mereka. Ada yang sibuk mencari makanan berkhasiat dan makanan tambahan yang terbaik untuk anak namun tiada tergerak hatinya memilih iman sebagai penyihat hati anak.

Masa pun memainkan peranan penting untuk mengukuhkan hubungan kita dengan mereka. Sudahkah kita sentiasa menjadikan masa untuk bersama anak sebagai keutamaan dalam hidup ini? Mereka perlukan kita sebagai kaunselor dan mentor terbaik, mereka perlukan insan yang paling istimewa dan ikhlas menyayangi. Sayang hingga ke syurga dengan cara mendidik ajaran agama secara sempurna.

Mengapa agama menjadi pilihan yang tidak begitu diminati generasi muda masa kini? Apakah kerana gaya persembahan dakwah yang kurang sesuai dengan kecenderungan pemuda-pemudi kita? Tidak salah jika nilai ajaran agama diserap melalui filem, drama, muzik atau bahan bacaan berunsur hiburan.

Pendekatan dakwah yang fleksibel akan menarik minat remaja. Bukankah Rasul SAW pernah berwasiat kepada seorang sahabatnya ketika mahu menyampaikan Islam: “Permudahkanlah jangan menyusahkan.”

Masalahnya, kini generasi muda mengenal Islam dengan cara ditakut-takutkan yang ini haram, yang itu haram tanpa diberi penjelasan dan bimbingan sewajarnya tentang indahnya Islam yang sebenarnya.

Rabu, Februari 25, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA SKSD ( 14 FEB 2009 )


Cikgu Zihan dan Cikgu Rusni memberi semangat kepada pasukannya.. cayalah...



Tahniah Cikgu Yahya and the geng... Rumah Perkasa Juara tahun ini...


Kak Ham dan Cikgu Rapiah... bersemangat nampak...


Bacaan ikrar ....



Olahragawan dan olahragawati SKSD 2009




Perbarisan rumah sukan




Inilah dia Setiausaha Sukan SKSD.. Semangat gitu...

Isnin, Februari 23, 2009

BOSAN DENGAN KEHIDUPAN

Seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan, "Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan selalu berantakan. "Saya ingin mati."

Guru dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit." "Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati." Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Guru meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan."

Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya.

Dalam perkara berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar, lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apakah yang selamanya, yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

"Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru. "Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran pak guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?" "Ya, memang saya sudah bosan hidup." "Baik, besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok jam enam petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan tenang."


Giliran dia menjadi bingung. Setiap guru yang dia datangi selama ini selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya. Begitu rileks, begitu tenang!

Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!


Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya.

Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan sebuah manis! Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati "Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang." Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut.

Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya. Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta menungguinya di beranda depan.

Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang." Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi. Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung mengetahui apa yang telah terjadi, "Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan.

Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. tulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."

Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!

Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku "Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "


Khamis, Februari 19, 2009

AIR MATA CINTA


Semenjak aku bekerja sebagai guru ni. Aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat... (baca lagi )

Sabtu, Februari 14, 2009

MY HEART








Buat Yang Tersayang..........



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya tinggalkan hati saya di sini,
Agar selalu dekat dengan kamu.

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu,
Biar semangat dan ingatan kita bersatu.

Saya serahkan hati saya pada kamu,
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu.
(sepertimana saya mengasihi diri sendiri, malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya,
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya.
(sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu, sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya,
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu ; Allah Azza wa Jalla,

Moga Dia patri lekat hati kita,
Moga Dia suluh terang hati kita,
Moga Dia jaga pelihara hati kita..
Dalam acuan, cahaya dan petunjukNya.

Hati, saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya.

Khamis, Februari 12, 2009

MINTA

Hasil Nukilan TABTIBAU

Dia termenung ditepi jalan. Rumput hijau yang dipijak tidak lagi dirasakan lembut. Hanya kerikilan batu tajam serasa menyucuk-nyucuk tapak kakinya yang semakin menipis. Jalan tar hitam pekat melintang dihadapan. Sesekali melintas kereta, laju. Setiap kali itulah hatinya hampa kerana dia mengharapkan ada kereta yang berhenti dan melemparkan cebisan roti, atau apa-apa yang boleh dimakan. Namun harapannya belum termakbul setakat ini. Matanya menyorot jauh nun diselekoh. Mengharap ada lagi kenderaan terjongol dihujung selekoh itu.

Sejak mentari mula memecahkan cahaya tadi, hinggalah matahari sudah tegak di kepala, tidak ada sebuah kereta pun yang berhenti. Kalau ada pun tadi, sekadar berhenti, dan anak-anak kecil didalamnya nampak gembira bila melihat ulahnya berlari-lari anak menuju kearah kereta tersebut. Sejurus sebelum sampai, kereta tersebut berlalu pergi. Dia hanya mampu melihat dengan kehampaan. Lapar lagi dia.

Dia melabuhkan punggung kembali ke tanah. Sedikit keluhan telampias dari dadanya yang sendat. Dalam kekosongan itu, mindanya mula mengelamun. Mengimbau cerita-cerita lama. Sekadar untuk melupakan sejenak perutnya yang semakin kosong.

Tatkala termenung itulah, dia terkenang ketika dia masih kecil. Masih merah bergayut diperut ibunya. Ke jalan itulah yang selalu dibawa ibunya.

“ Ibu, kenapa kita selalu menunggu di sini?”

“Anak, disini ramai orang yang pemurah. Kita tak perlu masuk jauh kedalam hutan untuk mencari makanan. Kita tidak perlu bersusah payah memanjat pokok-pokok tinggi untuk mencari buah-buahan yang belum tentu masaknya lagi” ibu menjelaskan.

“Di sini, kita hanya perlu duduk. Sebentar lagi, pasti ada yang pemurah yang akan memberikan kita makan. Kita bertuah kerana ada jalan yang sebegini di sini.”

Dari kejauhan, nun dihujung selekoh, sebuah kereta merah perlahan-lahan menghimpit ke bahu jalan.

“Anak, tengok tu. Si pemurah sudah tiba”

Pantas dia merangkul kebawah perut ibunya. Perlahan-lahan si ibu berjalan kearah kereta yang semakin perlahan. Beberapa ekor monyet lain yang berada diseberang jalan juga nampak gopoh. Terburu-buru melintas jalan menuju kereta merah yang belum lagi berhenti.

Kereta merah semakin perlahan. Akhirnya berhenti berhampiran batu bertulisan “ENDAU 35 KM”. Monyet-monyet yang kelaparan sudah mengerumuni kereta tersebut. Namun tidak berani untuk berada terlalu dekat. Hanya sekadar berlegar-legar beberapa kaki dari kereta.

Belum pun sempat pintu dibuka, kedengaran keriuhan dibahagian belakang kereta. Beberapa ekor monyet jantan sudah mula bersengketa. Masing-masing ingin menguasai sesuatu yang bakal diberi oleh pemandu kereta tersebut walaupun belum tahu lagi apa yang akan dihumban kepada mereka. Dua ekor jantan muda sudah bergomol. Debu berterbangan akibat pergaduhan itu. Sebentar kemudian keadaan kembali reda apabila jantan yang lebih muda barangkali, berlari melintas jalan dan terus ke dalam hutan dengan kaki yang terhincut. Itu biasa. Pasti ada pergaduhan apabila ada kereta berhenti. Dan pasti juga ada yang terluka.

Seorang lelaki muda membuka pintu. Ditangannya terjinjing sebuah beg plastik. Monyet-monyet sudah semakin tidak sabar. Perut yang berkeroncong perlu diisi. Siibu tadi juga begitu. Anaknya yang masih merah perlu diberi makan.

Perlahan pemuda itu membuka plastik. Kemudian, dia mula melemparkan roti-roti yang hampir kering. Berebutlah monyet-monyet kelaparan tadi. Si ibu sempat mencapai beberapa keping roti. Ketika hendak menyuapkan kemulut, datang seekor jantan yang entah dari mana, cuba merampas roti. Namun, siibu pantas melarikan diri kedalam semak ditepi jalan. Kemudian terus memanjat sebatang pohon yang agak tinggi. Disitu, dia menikmati sepuas-puasnya roti kering yang dirasakan cukup nikmat itu bersama anaknya yang masih kecil.

Si kecil itu mula faham, mengapa ibunya selalu membawanya ke tepi jalan sejak di berumur sehari lagi. Di situ ada manusia yang bermurah hati. Orang yang suka memberi. Dia diajar untuk menunggu dan meminta sejak usia sehari.

Sayup-sayup kedengaran keriuhan. Pastinya monyet-monyet itu bergaduh lagi.

Sejak itu, setiap hari dia bersama ibunya tercongok ditepi jalan. Menunggu untuk meminta.

Terdengar dari kejauhan enjin kenderaan bergema. Lamunannya berterbangan. Dia kembali kealamnya hari ini. Perutnya semakin terasa lapar. Lamunan mengenangkan ibunya yang telah lama tiada hilang apabila dia terpandang dari kejauhan sebuah kereta meluncur laju. Kereta yang pada mulanya dilihat kecil, semakin membesar dan menghampir. Dia bangun. Badanya yang kurus terketar-ketar. Tangan dan kakinya seolah-olah sudah tidak mampu menampung beratnya. Sudah beberapa hari dia tidak makan. Matanya sayu memandang kereta yang semakin mendekat. Hatinya berharap-harap, agar sipemurah singgah hari ini.

Sejurus kemudian kereta semakin hampir. Namun tidak nampak ulahnya seperti mahu berhenti. Perlahan pun tidak. Matanya sayu mengharapkan sesuatu. Akhirnya, kereta tersebut berlalu melintas didepannya. Hanya meninggalkan asap yang menyendatkan dada.

“Sudah la tu nyet”

Monyet tua itu tersentak. Hilang seketika kekecewaannya apabila disapa begitu. Dia menoleh mencari-cari arah datangnya suara.

“Jangan diharap pemberian manusia sahaja. Pergilah ke bukit sana. Pokok bunut senang ranum buahnya. Di sana banyak makanan”

Dia mendongak. Di atas dahan ara yang merendang, bertenggek seekor enggang paruh putih. Dia melemparkan senyum tawar.

“Sedari kecil aku diajar meminta di sini. Ibuku tak pernah bawa aku jauh dari jalan ini. Jalan inilah nadi kehidupan aku” monyet tua bersuara. Ada sedikit getaran. Mungkin kerana lapar.

“sampai bila engkau nak meminta-minta, nyet. Ketika manusia bermurah hati, mungkin engkau kenyang. Tapi kalau manusia dah semakin lupa, macam mana? Tengok sahaja sejak kebelakangan ni, apa yang kamu dapat?” Enggang meloncat kedahan yang lebih rendah. Paruhnya putih bersih. Bulunya hitam berkilat. Sihat betul dia.

“Ibuku tak pernah ajar aku untuk mencari makan sendiri. Aku tak tahu buah mana yang boleh dimakan. Aku tak tahu daun mana yang tidak beracun. Aku tak boleh menilai dahan mana yang kukuh untuk aku bergayut. Aku hanya tahu untuk meminta-minta di jalan ini”

“Hutan ini luas. Pergilah cari makanan sendiri. Didalam sana banyak makanan. Buah ara, buah bunut, salak, keranji, petai, durian hutan. Macam-macam lagi. Pergilah. Kalau tidak engkau akan mati di sini”

“Tak apalah. Biar aku mati disini” dia berkeras dalam kelemahan. Suaranya semakin kendur. Urat tuanya sudah semakin membisa. Dia berjalan perlahan ketepi semak berhampiran batu bertulisan ENDAU 35 KM. Sebentar kemudian dia bertenggek diatas kayu reput hitam. Merehatkan tubuh tuanya sambil berharap.

Enggang menggeleng kepala. Dia melihat ulah monyet dengan hati yang kesal. Kesal kerana dia tersalah ajar. Tersalah ajar untuk hanya meminta. Tersalah ajar untuk tidak berusaha. Sejurus, enggang terbang menuju ketengah hutan. Menuju bukit yang menjanjikan sejuta hidangan untuknya tengah hari itu.

Sebuah lori usang terhenjut-henjut memasuki bahu jalan. Perlahan-lahan lori itu berhenti. Bunyi enjin tua yang membingitkan itu tidak langsung menggerakkan tubuh monyet tua. Seorang lelaki membuka pintu dan melangkah keluar. Sebaik menutup pintu, dia berjalan kebahagian belakang lori. Mukanya sedikit berkerut. Hairan. Kedatangannya hari ini tidak seperti setahun yang lalu. Tiada monyet yang menyambutnya.

Ketika tangannya dihulur untuk mengambil plastik di belakang lori, matanya terimbas sesuatu berhampiran batu bertulis ENDAU 35 KM. Dia fokus kepada objek tersebut. Perlahan dia melangkah untuk melihat dengan lebih jelas.

“Laaa…kesiannya…”

Hanya itu kata-kata yang terluah. Dia mencangkung menghadap tubuh seekor monyet tua yang sudah jarang-jarang bulunya. Perut yang kempis itu diam. Tidak langsung bergerak. Mata sudah terpejam. Hayat monyet tua bermula dan berakhir disisi batu ENDAU 35 KM.

SEPASANG KASUT

NUKILAN TABTIBAU

Setiap hari yang aku lalui sepanjang hayat ini memberi persepsi yang pelbagai terhadap nilai kehidupan yang sebenar. Namun, aku masih mencari apa makna sebenar kehidupan. Jika hari ini aku merasa aku berjaya dalam hidup hanya kerana memasuki universiti, namun keesokannya aku merasa berada di universiti bukanlah satu kejayaan. Jika hari ini aku merasa berjaya setelah diterima dan memiliki pekerjaan tetap, namun keesokkannya aku merasakan pekerjaan bukan nilai kejayaan. Setiap hari, pasti lahir persepsi baru. Dan kita akan terus belajar dari situasi yang kita lalui dari detik ke detik. Dari saat ke saat. Setiap gerakkan jarum saat mengandung sejuta peristiwa dan rahsia. Tinggal lagi diri kita untuk cuba merungkai dan memahami situasi. Dan mencari rahsia disebalik sejuta rahsia.

Apatah lagi apabila setiap hari aku mengadap dan menatap wajah-wajah kecil anak muridku. Setiap mereka punya cerita tersendiri. Dan cerita itu banyak mengajar aku erti kasih sayang. Erti persaudaraan. Erti simpati dan empati. Dan yang paling penting, membuatkan aku menemui kembali sesuatu yang telah lama hilang dari diri aku. Air mata.

Biar aku bingkiskan tentang seorang ini. Seorang murid yang aku tidak kenal tetapi kini aku amat memahaminya. Segalanya bermula apabila aku menegur kasutnya yang telah koyak. Dengan benang-benang yang telah kelihatan seperti rerambut, hitam dan kotor. Kali pertama melihatnya, terdetik secara tidak sengaja didalam hati, ayah dia tidak nampakkah kasut anaknya sudah koyak? Tak kesiankah dia melihat anaknya ke sekolah dengan kasut yang lebih layak di tong sampahkan? Memang tidak bertanggung jawab ayah budak ini. Ada mata tapi tidak melihat. Getus hati aku. Dan mata meluahkan sinar seakan benci apabila melihat murid selekeh itu.

Setelah sekian lama, mungkin sekitar beberapa hari, aku menjadi semakin mual. Lantas, aku memanggilnya dan bertanya dengan sedikit kasar dan suara yang sedikit tinggi, kenapa tidak dibeli sahaja kasut yang baru? Dia menjawab dengan spontan “kasut ini ayah yang beli”. Aku memandang mukanya. Dia tunduk memandang kasutnya. Memandang dengan penuh sayang. Seakan jiwanya terletak pada kasutnya.

Pada mulanya aku tidak mengerti langsung kata-kata itu dan aku tidak pernah cuba untuk mendalami sesuatu disebalik kalimah tersebut. Hinggalah suatu hari, beberapa hari selepas perbualan aku dengan murid tersebut, aku mendapat tahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia beberapa bulan lepas kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayahnya diseret oleh sebuah bas dan meninggal ditempat kejadian. Serta merta hatiku sebak. Air mata lelakiku tak tertahan lagi. Ayat “kasut ini ayah yang beli”rupanya satu luahan kerinduan dari seorang anak. Manifestasi dari jiwa mentah yang teramat dambakan seorang lelaki yang selama ini memanjai dirinya. Anak itu sedang dan masih bersedih.

Apa jadi pada aku? Aku tidak boleh langsung melihat kelibat murid itu. Setiap kali batang tubuhnya terbias kedalam mata hitam ku, pasti dengan segera menyentap ulu hati dan menyebakkan dada. Mataku mula kelabu digenangi air mata simpati. Apatah lagi jika aku terpandang kasut usang yang masih tetap dipakainya dengan sepenuh jiwa raga. Dengan sepenuh penghayatan bahawa “kasut ini ayah yang beli”. Apakah dia tidak tahu bahawa ayahnya sudah tiada lagi? Dia tahu. Apakah dia tidak tahu bahawa ayahnya tidak akan lagi pulang dan bermain dengannya dirumah? Ya, dia tahu. Apakah dia tidak faham bahawa dia kini sudah yatim? Ya, dia faham malah lebih faham berbanding kita.

Tapi kenapa dia masih memakai dan tidak mahu menukar sepasang kasut yang semakin usang itu? Kerana kasut itu ayahnya yang beli.

Dari saat itu, aku sentiasa dibayangi sesalan. Sesal kerana terlalu memandang serong terhadap arwah ayahnya. Dan yang paling aku sesali, aku hanya melihat kasut itu sebagai kotor dan memualkan. Sedang aku tidak pernah cuba untuk melihat nilai disebalik kasut yang satu itu. Atau aku mungkin leka dengan sedikit nikmat yang telah tuhan kurniakan pada aku, hingga aku memandang jijik pada orang yang kurang bernasib baik. Hanya kerana aku memakai kasut yang tidak koyak.

Adakah aku telah berjaya memahami muridku? Tidak. Malahan aku tidak akan berjaya. Kerana setiap mereka punya cerita sendiri. Tapi kini, aku semakin memahami hakikat kehidupan. Hakikat bahawa, air mata akan menghidupkan jiwa. Dan kini, aku sudah punya air mata. Air mata untuk terus menghayati hakikat kehidupan.

KIRI

KIRI-hasil nukilan Tabtibau

“Itu bukan berjuang. Itu mengemis”

Nordin membentak. Matanya tajam menikam mukaku. Anak matanya bergerak-gerak halus. Tampak jelas semangat yang membuak-buak dalam dirinya.

“Nak kata mengemis pun tak layak bagi aku. Itu jilat kaki orang putih namanya”

Nordin menunding-nunding jari jelunjuknya ke permukaan meja kayu yang berurat kasar. Marah benar dia bila aku membicarakan soal perjuangan satu parti politik untuk memerdekakan Tanah Melayu. Perbualan yang asalnya hanya sekadar mengisi ruang kosong sambil menghirup segelas teh nampaknya menjadi satu forum perjuangan yang serius. Forum mencari apa erti sebenar sebuah perjuangan.

“Kenapa engkau kata itu sebagai mengemis. Susah payah Tunku Abdul Rahman berunding. Menentang Malayan Union. Bergadai harta benda untuk ke London meminta kemerdekaan Tanah Melayu. Itu bukan perjuangan lagi ke?”

Aku cuba mencungkil lagi inti semangat yang menunjangi pendirian Nordin. Nordin yang aku kenal sedari kecil sememangnya punya roh yang kuat untuk bicara soal sebegini. Ketika di sekolah menengah, sewaktu tingkatan 4 rasanya, dia sanggup bertekak dengan guru sejarah. Juga soal perjuangan.

“Perkataan meminta tu yang aku tak suka” Nordin membetulkan duduknya. Mencari keselesaan.

“Kenapa perlu meminta? Ini tanah kita. Ini hak kita. Ini pusaka nenek moyang kita. Orang putih tak ada hak langsung untuk duduk berdiri atas tanah ini apatah lagi hendak menjadi tuan. Datang tak berjemput alih-alih berlagak seperti tauke” Suara Nordin semakin meninggi. Beberapa pelanggan di warung kayu Pak Leh menjeling. Ada juga yang mencuri memasang telinga. Berminat dengan kata-kata Nordin yang berkobar-kobar. Lagak ahli politik.

“Habis tu, siapa yang engkau nak iktiraf sebagai pejuang?”

Aku cuba memancing lagi. Memang seronok berbual dengan orang sebegini. Adakalanya, kata-katanya boleh memberi ilham. Boleh mengembangkan pemikiran kesudut yang lain.

“Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakub, Ahmad Bustamam. Ini sebahagian nama besar pejuang”

“Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Abu Samah Kassim, Ibrahim Chik, Rashid Maidin dan teman-teman dalam PKM, AWAS, semua ini pejuang. Mereka tidak meminta tapi menghalau penceroboh. Mengusir perampas. Malahan mereka tetap Islam walaupun menyertai komunis”

Aku terkesima apabila Nordin menyebut nama-nama yang dianggap berhaluan kiri. Nama –nama yang dianggap penghalang kemerdekaan negara suatu ketika dahulu.

“Engkau kiri ke Nordin?” Aku bertanya sopan.

“Kiri adalah racun penjajah. Pejuang kita dianggap kiri. Penjajahlah yang kanan kononya. Jangan kau sambung lidah penjajah” Nordin kembali merenung mata aku. Gentar juga jantung.

“Engkau kenal siapa Abu Samah Kassim?”

Satu lagi persoalan dilemparkan. Dengan hujahnya yang berapi-api tadi, aku semakin hilang tapak untuk cuba menjawab walaupun aku tahu, Abu Samah Kassim merupakan bekas pemimpin PKM. Aku tinggal diam tidak menjawab.

Melihat aku hanya mampu merenung matanya yang bersemangat itu, Nordin memberitahu “ Abu Samah Kassim tu cucu Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan. Datuknya dulu dah berjuang menentang penjajahan British. Darah juangnya itu menyusup masuk kedalam diri Abu Samah Kassim. Dengan jurai yang sebegini, bolehkah kita menganggap bahawa Abu Samah Kassim tidak tahu apa yang diperjuangkan?”

Aku semakin hilang kata-kata.

“Engkau tahu, bertahun-tahun sebelum merdeka baru nak dirundingkan, nama-nama tadi dah pun berjuang untuk tanah melayu. Dah pun bermandi darah untuk menyelamatkan hasil perut bumi Tanah Melayu. Mereka berjuang demi bangsa. Tiada kepentingan peribadi. Mereka menyanjung amanat nenek moyang. Menyanjung pusaka turun temurun”

“Tapi bagi aku, Tunku lebih bijak. Allahyarham dapat merundingkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Tiada darah yang mengalir. Segala-galanya dikembalikan pada kita. Kita boleh mentadbir sendiri. Boleh menentukan hala tuju. Kemajuan hari ini batu asasnya kemerdekaan yang diusakan oleh allahyarham”. Aku cuba berhujah sedikit. Berhujah sambil memasukkan lagi bara kedalam jiwa Nordin yang sedang membakar.

Nordin tidak terus menjawab. Dia mengeluarkan sekotak rokok Dunhill. Diambil sebatang dan diselitkan dicelah bibirnya yang lebam. Pada kotak rokok tersebut jelas tertera British and American Tobacco. Aku hanya mampu tersenyum sinis. Asap berkepul keluar dari mulut dan hidung Nordin.

“Engkau tahu….”

Nordin menyambung kata-kata. Barangkali, asap rokok telah memberi ilham padanya. Seolah-olah asap itu membantu otaknya untuk bekerja.

“Kenapa orang putih bagi kita merdeka?”

Satu soalan dilemparkan kepada aku. Tapi itu soalan yang tidak memerlukan jawapan kerana jawapannya sememangnya telah siap didalam pemikiran Nordin. Oleh itu, aku lebih cenderung untuk mengatakan “Tak Tahu”. Sememangnya itu yang diharapkan oleh pemikir seperti Nordin.

“Sebabnya segala harta benda khazanah perut bumi Tanah Melayu dah habis disedut. Bijih timah dah licin disesah dek orang putih.” Nordin sengaja menekan suara untuk menegaskan kata-katanya. Setiap kata diluahkan satu persatu.

“Kurun ke 19 Eropah sedang mengalami revolusi industri. Tunjang revolusi itu ialah industri pengetinan makanan. Bahagian dalam tin disalut timah untuk mengelakkan karat. Dari mana datang timah tu?” Nording menggantung kata-kata setakat itu. Dia diam seketika sambil menjentik habuk dihujung rokoknya.

“Dari Tanah Melayu”

Nordin meninggikan suaranya. Matanya dijegilkan tepat ke mataku.

“Orang putih sedut habis bijih. Bila diorang tertekan dengan suara-suara yang dianggap kiri tadi yang minta kemerdekaan, orang putih pun bawak masuk buruh dari China dan India. Nak percepatkan proses pengeluaran bijih”

“Bila dah habis, kebetulan ada yang baik nak minta merdeka. Orang putih bagilah. Tapi bukan bagi kosong. Ada syarat serampang dua mata. Nak merdeka boleh, tapi kena terima buruh Cina dan India jadi warganegara. Jus solly. Jimat kos penghantaran balik”

Aku sedikit terkejut. Tapi aku pendamkan perasaan tersebut. Tak sangka Nordin berfikiran begitu. Sejauh itu dia menilai penjajah. Benci benar dia pada orang putih. Setelah hampir 50 tahun merdeka, masih ada individu yang terluka dengan sejarah. Barangkali, Nordin ada darah pejuang, fikirku sendiri.

Air diatas meja kayu sudah lama sejuk. Aku mempelawa Nordin minum. Ulahnya seperti mahu menyambung hujah, namun terbantut bila aku menyatakan air sudah sejuk.

Aku melihat jam. Hampir pukul 7 malam. Sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang. Aku memohon untuk pulang walau pada hakikatnya, aku ingi sekali bersembang lebih panjang dengan Nordin. Bicara soal perjuangan. Perjuangan dari perspektif mereka yang kiri.

Malam itu, sebelum tidur, kata-kata Nordin berlegar dalam fikiran aku. Seolah-olah aku sendiri mencari titik hujahnya. Mencari kerana solah-olah ada benarnya. Terkadang, terselit rasa kagum pada Nordin. Kagum kerana didalam jiwanya ada satu perasaan yang kuat. Perasaan cintakan bangsa dan Negara. Namun, luruskah haluannya? Aku terus tertanya-tanya. Akhirnya, aku tidur untuk mengakhiri hari tersebut dengan satu persoalan yang tak terjawab. Siapa yang benar?

Rabu, Februari 11, 2009

MATLAMAT DAN OBJEKTIF UBK

MATLAMAT

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

OBJEKTIF

Menguasai kemahiran belajar dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran.

Mengetahui dan memahami minat kerjaya dan memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

Mengetahui sumber-sumber rujukan untuh melanjutkan pelajaran

ke IPTA/IPTS.

Mengetahui matlamat serta hala tuju selepas UPSR/PMR/SPM.

Dapat memperkembangkan potensi yang ada di kalangan pelajar dari aspek kepimpinan, sahsiah dan akademik.

Dapat mencegah serta mengurangkan tingkahlaku negatif para pelajar yang bermasalah ke arah kesejahteraan diri yang lebih bermutu

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA