Kali ini saya berkongsi dengan Anda tips motivasi dari Al Quran. |
Isnin, Ogos 17, 2009
KEJAYAAN BERMULA DARI MEMBACA
Ahad, Ogos 09, 2009
H1N1... Mencegah lebih baik dari mengubati...

Layari H1N1 untuk informasi terkini darin Kementerian Kesihatan Malaysia

DOA HINDARI DIRI DARI WABAK DAN PENYAKIT
Sabtu, Ogos 08, 2009
BLOG SUMBER GURU PSK
Sila lawati Blog Sumber Guru PSK di
http://psksksd.blogspot.com
Semoga bahan yang dipamerkan dapat membantu rakan-rakan.
Rabu, Julai 15, 2009
WARKAH DARI AYAHANDA DAN BONDA( buat semua pelajar SKSD )
Wahai anakanda
Kegigihan anakanda menuntut ilmu,
Kesungguhan untuk menggapai kecemerlangan
Keinginan anakanda menggenggam 5A
Amatlah ayahanda dan bonda berbangga
Disetiap degup jantung dan hela nafas kami,
Tidak pernah sekali pun kami lupa
Memanjat doa kehadrat Ilahi
Semoga setiap usaha anakanda akan diberkatiNya
Jauh disudut hati ayahanda dan bonda,
Sentiasa mendoakan agar segala ilmu dapat dimanfaatkan
Agar anakanda berjaya mencapai segala cita
Menjadi anak yang membanggakan kami
Menjadi anak yang dikasihi Allah
Bak kata Pujangga
Kalau mencari ilmu di dunia
Luruskan olehmu dengan agama…
Kalau hidup hendak selamat
Carilah ilmu yang bermanafaat….
Kalau hidup hendak menjadi orang
Menuntut ilmu janganlah kurang….
Kalau hidup hendak terhormat
Carilah ilmu jauh dan dekat…
Kalau hidup hendak terpuji
Menuntut ilmu janganlah henti….
Kalau hidup hendak bertuah
Menuntut ilmu janganlah lenggah…
Justeru itu, wahai anakanda…
Ingatlah pesan kami
Jangan sesekali
Mudah mengalah dan putus asa
Berusaha dan teruslah berusaha tanpa rasa jemu
Insyallah, pasti anakanda akan berjaya...
AMIN.....
Sabtu, Julai 04, 2009
SMS DARI KUBUR...(Jangan baca jika lemah semangat)

manakala kekasih hatinya Julie berasal dari Perlis. Bibit perkenalan mereka bermula dari Asrul, sepupu Jimmy yang bekerja di Perlis.
Dengan perasaan yang gembira Julie menceritakan hasrat Jimmy yang akan bertandang ke Perlis kepada kedua ibu bapanya Pakcik Salleh dan Makcik Asmah... Wajah ceria anak gadisnya ini jelas kelihatan....
Seminggu sebelum raya, Julie meminta izin kepada kedua ibu bapanya untuk ke Pekan Arau. Almaklum sahajalah buah hati nak datang, banyak persediaan harus dibuat, baik dari menghias rumah, kuih muih, malah pakaian yang hendak dipakai....
seminggu sebelum raya....
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd petang hari tu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya
Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka mulakan perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk-jenguk kearah dapur dan bilik-bilik yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok diri dari dia...Jimmy semakin tidak senang duduk.. dihati bermain seribu pertanyaan.. tak sudi ke Julie bertemu dirinya... mungkin kurang handsome.....
Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar.
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
"Kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata Makcik Asmah dengan sebak
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke Perlis
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut, ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye
Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy masih tidak berpuas hati dan mengorek kubur Julie... untuk memastikan teka-teki yang bermain difikiran mereka.
Memng betul Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pun cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie, "Awk ngah wat pe??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai Perlis ke??"
Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pun balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma berdiri tegak
Kerana sms tersebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"
RAHSIA DI SEBALIK RAMBUT

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERINTING NEGRO1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut
10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg
Sabtu, Jun 27, 2009
ISU BAHASA INGGERIS

CINTA SEJATI

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
MORAL & IKTIBAR
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
PEKELILING IKTISAS
Senarai Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dan Undang-Undang / Peraturan Untuk Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
a) Surat Pekeliling Iktisas Bil.1 / 1995.
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.
b) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9 / 1995.
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.
c) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1996.
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.
d) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3 / 1996.
Panduan Tambahan : Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah Menengah.
e) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 1997.
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.
f) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2 / 1999.
Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah.
g) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 2002.
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
h) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 5 / 2002.
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
i) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 14 / 2002.
Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.
j) Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 / 2003.
Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.
k) Undang-undang Malaysia Akta 611.
Akta Kanak-kanak 2001.
l) Undang-undang Malaysia Akta 580.
Akta Kaunselor.
m) Hak Asasi Kanak-kanak di Konvensyen Geneva.
Selasa, Jun 23, 2009
SELAMAT HARI BAPA ( Insan-insan teristimewa dalam hidup Cik Ja)
Cik Ja, suami dan anak-anak amat menyayangi abah... Kasih abah tiada ternilainya...
Inilah tiga orang permata hati Cik Ja.... Terima kasih buat suami Cik Ja kerana memberi kerjasama dalam mendidik dan mengasuh permata hati kita.
Ahad, Jun 07, 2009
Tribute Untuk Ismail Hassan
Engkau bukan sesiapa, malah mungkin juga tidak punya apa.
Hanya sekadar generasi generasi akhir tukang kebun kerajaan.
Seawal dingin pagi bajumu telah hamis dibasahi peluh merembes
Menegang urat tua mencari kaisan sedikit rezeki tuhan
Bibir manis menguntum senyum menghambat lelah
Hati ini merekah sebak tatkala sampai berita engkau di jemput Dia
Sesaat itu meminarkan akal iman mengarai tiba-tiba sumbangan aku
Buat saudara yang seorang ini
Berimankah aku kerana hanya melihat deritamu, malahan mungkin menambah peritrmu
Berimankah aku kerana senyum manis tatkala hatimu galau runsing
Berimankah aku kerana tidak membelamu malah sekadar mendengar sengsaramu
Berimankah aku kerana hanya melihat sedang akidah mengaku bersaudara
Berimankah aku?
Tidak beriman seseorang dari kamu sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.
Berimankah aku? Maafkan aku Ismail Hassan…..kerana tidak membantumu
Engka pergi tanpa engkau tahu ibumu juga telah dijemput sebelum dirimu
Engkau mungkin kecil didalam lingkungan pagar SKSd
Namun engkau besar didalam hatiku dan teman-temanku
Segala kenangan dan tutur katamu
Terngiang seakan segar menyuburi ingatan
Sakitmu ujian dari tuhan kita
Susahmu seboleh mungkin dikongsi kami bersama
Saat engkau terhinjut-hinjut melaksanakan tuntutan
Tugas dari mereke-mereka itu
Peluh merembes didahi yang berkerut Menahan perit
dan pedih menyelusuri uratmu yang mengusang
menggigit jari kaki yang semakin hilang
“Tak boleh cikgu, kena buat kerja dulu”
Ikhlas dari bibirmu dikala aku menawarkan sedikit rehat
Tidak tahan aku melihat dahimu yang berkerut
Tidak tahan aku melihat betismu bergetar menahan pedih
Tidak tahan aku melihat nafasmu yang semakin pendek
21 Mei 2009, tuhan mengurniakan rehat selamanya untukmu
Dan hujan lebat mendingin mengiringi kepulanganmu
Bersemadi disisi ibu yang sekian lama menyayangi dirimu
Moga kalian berdua dikurnia tuhan kenikmatan.
Alfatihah buat saudaraku ISMAIL HASAN
SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA
4.1.1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
4.1.2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan
perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu
bapa dan bekas pelajar.
4.1.3 Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori
pelajar.
4.1.4 Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling
kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
4.1.5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling
kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
4.1.6 Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling individu secara profesional dan beretika.
4.1.7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
4.1.8 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan
aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
4.1.9 Menjadi ahli jawatakuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok,
alkohol dan HIV/AIDS.
4.1.10 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan
aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara.
4.1.11 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
4.1.12 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program
dan aktiviti konferens dengan ibu bapa , guru ,kakitangan bukan
guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
4.1.13 Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan
pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan
profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .
4.1.14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
4.1.15 Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
4.1.16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
4.1.17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
4.1.18 Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan .
4.1.19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.
4.1.20 Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin
Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas.
4.1.21 Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
4.1.22 Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar
seperti kolokium, motivas, kem jaya dir, kepimpinan dan kursus
ketatanegaraan.
4.1.23 Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa
Tambahan dan Jawatankuasa penempatan ( Kemasukan ) pelajar di
sekolah.
4.1.24 Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri.
4.1.25 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari
semasa ke semasa.
KITA DAN MEREKA
Kita sebenarnya berkongsi kehidupan dengan mereka. Masing-masing punya ruang sendiri. Berkongsi dan berjiran adalah kemestian.walaupun tanpa sedar dan diluar kemampuan basar kita. .Ada kalanya, kegopohan akan membawa kita kepada satu pengalaman yang kita tidak sangka akan mengalaminya. Namun, selagi kita mengikut setiap inci ajaran dan adat yang digariskan agama samawi Islam, kita pasti selamat.
Pagi itu, entah silapnya dimana, perut Razman memulas-mulas. Perjalanan dari rumah ke sekolah dengan menunggang motosikal kriss kesayangannya itu terasa begitu lama sekali. Walaupun jaraknya hanya 500 meter, namun disebabkan perut yang memulas dengan tiba-tiba membuatkan masa berlalu begitu perlahan. Berkerut muka Razman menahan dan berusaha untuk menunggang dengan tidak tergesa-gesa.
Setiba dipintu pagar sekolah, dengan keadaan yang tidak selesa, Razman terus memakirkan motor digaraj yang dikhaskan untuk motosikal. Dalam fikirannya cuma satu, hendak ke tandas. Hajat perlu dipenuhi. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia melihat jam ditangan. Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Dia mula merasa galau. Dua kewajipan perlu dipenuhi. Punch card akan merah sekiranya dia melebihi jam 7.15 pagi. Untuk punch card dia terpaksa menaiki tingkat satu bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran. Dan kemungkinan dia terpaksa menunggu kerana cikgu lain juga sedang menunggu giliran untuk puch card. Sedangkan tuntutan kedua sedang menghimpit dan seolah-olah menujah-nujah minta dilepaskan.
Yess, ada penyelesaian. Razman mengeluarkan telefon bimbit. Mendail nombor dan…
“hello Nafi. Engkau tolong punch kat aku. Tak tahan la. Aku nak pegi tandas ni…ok…terima kasih”
Razman bergegas menuju ke tandas. Masa dirasakan amat perlahan. Perjalanan menuju tandas amat jauh pada hari itu. Sempat juga dia terkentut sekali namun segara dikawal agar tidak terhambur keluar sesuatu yang lain.
Akhirnya, Razman sampai ke tandas. Segala-galanya dilepaskan disitu. Tempoh lima minit menahan keperluan semulajadi itu amat menyeksakan. Dalam sesaat, segalanya berakhir. Betullah kata sesetengah orang, tiada yang paling indah di dunia melainkan menunaikan hajat yang satu itu. Walaupun terhidang dihadapan mata makanan yang paling enak, atau perempuan yang paling cantik, andai bertembung dengan keperluan mengqada’ hajat, pasti yang ini didahulukan. Tidak penting lagi makanan yang enak. Tidak memukau lagi perempuan yang jelita.
Setelah selesai, tatkala mengemaskan pakaian, Razman mendengar tapak kasut melangkah kedalam tandas. Sebentar kemudian kedengaran air paip disinki dipasang. Setelah mengemaskan diri, Razman membuka pintu tandas dan terpandang Nafi sedang membongkok di sinki. Seperti sedang berkumur. Air paip terpasang deras dan sedikit terpercik. Hari itu, Nafi mengenakan kemeja biru dengan belang putih halus memanjang kebawah. Trend masa kini. Berseluar slack hitam.
“dah puch untuk aku ke Fi?” Razman bertanya sambil masih lagi mengemaskan baju agar lebih segak.
Hmmmm
“kuatnya engkau buka paip tu. Tak memercik ke?
Hmmmm
Razman berpaling. Nafi masih lagi membongkok. Terdengar bunyi seakan berkumur. Kasar dan menggelegak.
“Ok lah Fi. Terima kasih. Aku masuk bilik guru dulu ek” Razman berlalu disebelah Nafi. Sempat dia menjeling namun wajah Nafi sedikit terlindung disebalik bahu kerana menunduk. Terdetik rasa hairan dihatinya. Biasanya bukan main banyak bercakap. Sepatah ditanya 20 patah yang dijawab. Tapi hari ini sekadar hmmm sahaja. Ada masalah la tu kot, bisik hati Razman.
Razman menuju pintu. Sebaik melangkah keluar dari tandas, dia membelok kekiri hendak menuju tangga untuk turun ke bilik guru, dia disergah
“woi..engkau makan apa sampai tak sempat-sempat nak melabur. Tu la. Lain kali jangan makan sorang. Kongsi la”
Razman menjenguk. Tuan punya suara yang melaung dari bawah di padang perhimpunan ditenungnya. Razman memegang dinding koridor yang separas pinggang sambil memandang kebawah. Sebentar kemudian dia berpaling memandang tandas dibelakangnya. Air paip masih berbunyi. Suara menderam berkumur masih jelas kedengaran. Sebentar kemudian dia memandang kebawah, kearah padang perbarisan. Nafi tersengih-sengih. Baju dan seluar sama dengan lelaki didalam tandas. Dan Razman yakin, dia melihat Nafi di dalam tandas tadi.
Razman terpaku. Air paip masih berbunyi. Suara berkumur masih menderam. Dan Nafi tercengang-cengang melihat Razman yang pucat di birai koridor tingkat satu. Terpaku dan dengan tengkuk yang dirasakan meremang baru Razman teringat, dia tidak membaca doa sebelum dia masuk ke tandas. Sejurus kemudian dunia menjadi gelap. Razman pengsan didepan pintu tandas.
IZINKAN DIA BERUBAH
Dia seorang pelajar yang dipenuhi rekod disiplin yang teruk. Seolah-olah, setiap perbuatan yang dikategorikan salah, telah dia buat. Bermula dari ponteng, merokok, bergaduh, menghidu gam sehinggalah menubuhkan kumpulan seakan gengstar. Dia telah dua kali terperuk didalam bilik soal siasat polis. Diherdik, ditengking malahan dipukul dengan kayu hoki, dia tetap berdegil dan menafikan setiap pertuduhan. Akhirnya lepas. Dan dia tidak pernah serik.
Pernah suatu hari, sewaktu bermain terup disebuah rumah kosong yang biasa dijadikan markaz, sampai berita kepadanya bahawa adiknya yang bersekolah ditingkatan 2 sebuah sekolah menengah dibelasah oleh musuhnya. Balas dendam yang tidak adil. Namun, dia tidak bingkas bangkit. Dia tidak melatah. Dia hanya bertenang. Namun keesokannya, sewaktu melintas perhentian bas, untuk pergi ke kedai membeli rokok, dia melihat pelajar yang membelasah adiknya kelmarin. Dan memang itu pantangnya. Dia boleh sabar kalau tidak terserempak. Tapi, darahnya cepat mendidih bila dia bertembung dengan orang yang sudah membuat hal dengannya.
Tanpa sedar, perlahan tangan kanannya menyeluk poket belakang. Jari jemari dimasukkan kedalam tempat pemegang buku lima yang berbentuk seperti tapak harimau. Setelah kemas digenggam, dia menarik keluar perlahan sambil kaki melangkah ke arah pelajar yang sedang bersembang dengan beberapa orang rakan. Sedangkan dia sendirian. Hati panas membara. Dia tidak kira. Adiknya pasti dibela, tegas hatinya. Buku lima telah digenggam. Darah kering masih kelihatan bertempelan. Memang itu tabiatnya. Darah mangsa yang pernah terkena buku lima itu tidak dibersihkan. Biar jadi koleksi. Dan hari ini, akan bertambah lagi satu tempelan darah.
Setelah hampir, perlahan dia menepuk bahu pelajar itu dengan tangan kiri dari belakang. Pelajar itu berpaling, dan saat itulah dia menghayun sekuat hati buku lima yang sedia tergenggam. Tepat ditepi mata kanan. Pelajar itu meraung. Tumbang ke lantai sambil memekup muka. Darah bersemburan keluar dari luka pecah bekas buku lima. Dan dia berjalan penuh selamba menuju kedai membeli rokok sambil menyimpan kembali buku lima ke dalam poket belakang. Seakan tiada apa berlaku. Dan rakan-rakan pelajar tadi hanya sekadar terpegun.
Itulah dia. Seorang pelajar sekolah menengah agama yang tewas dengan nafsu dan hanyut dalam satu nilai respek dikalangan manusia yang tiada maruah.
Hari itu, guru-guru mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan nasibnya. Pihak sekolah sudah habis memberi peluang. Pihak sekolah sudah habis bersabar. Terlalu banyak arang yang telah diconteng kepada sekolah menengah agama. Mudir segera memanggil mesyuarat tergempar. Dan dia mencuri-curi dengar perjalanan mesyuarat dengan mencangkung ditepi tingkap belakang sekolah, berhampiran bilik mesyuarat.
“Ana sudah kering sabar. Ana rasa, kita buang saja pelajar ini. Kes-kesnya bukan kecil. Malah sampai memukul pelajar sekolah menengah kebangsaan” suara mudir berderau garau.
“Saya setuju. Dengan rekod begini, Pejabat Pelajaran Daerah pun akan menerima tindakan kita membuang pelajar ini” cikgu disiplin pula bersetuju.
“Tapi ana tak setuju,” terdengar satu suara membantah. Dia kenal suara itu. Itu suara ustazah Fauziah.
“SPM lagi satu minggu. Setelah habis SPM, murid ini akan menduduki SMU pula. Berilah dia peluang,” lembut dan penuh pengharapan suara Ustazah Fauziah.
“Saya dah tak larat. Ustazah bolehla cakap sebab tak terlibat dengan soal disiplin. Tapi saya ni yang separuh gila melayan karenah pelajar ni. Setiap hari ada sahaja kerenahnya. Bergaduh sudah tentu. Lebih padah bila bapa murid yang dipukul itu datang menyerang saya disekolah,”guru disiplin membantah keras pandangan ustazah Fauziah.
“Ikutkan saya, masa dia tingkatan 3 lagi saya dah buang dia,” sambungnya lagi.
Dia terdiam. Terpaku mendengar perbahasan hangat itu. Boleh dikatakan semua guru yang hadir bersetuju dia dibuang sekolah meskipun SPM tinggal lagi seminggu. Guru-guru sudah cuak dengan perangai dia. Sudah muak dan mual. Hanya ustazah Fauziah yang masih cuba membela. Dan segalanya berubah apabila ustazah Fauziah berkata :
“Ana mengharapkan, selama dia berada dalam sistem pendidikan, dia akan terus mendapat sedikit titisan ilmu, apatah lagi di sekolah menengah agama yang mengajarkan agama. Moga-moga ada satu saat, yang kita tidak tahu bila, masuk satu ilmu yang berkat yang mampu mengubahnya. Namun sekiranya kita menyingkirkan dia dari sistem pendidikan, maknanya kita sengaja membiarkan dia terus terkontang kanting dan terus dengan hidupnya yang tidak keruan. Dan pabila itu terjadi, sedikit sebanyak kita juga punya saham kerana menghalaunya kelorong gelap. Dan ana tak sanggup memikul kesilapan ini dihadapan Allah di akhirat nanti. Betul dia salah. Tapi kita ini pendidik harus sabar. Adanya pelajar seperti itu sebenarnya ujian dari Allah kepada kita warga murabbi. Izinkan pelajar ini terus di sini sehingga selesai pelajarannya. Sesudah itu terpulang pada dia memilih jalan hidup. Tugas kita selesai dan insya Allah, kita mampu menjawab pabila kelak ditanya Allah.,”
Begitu murni hati ustazah Fauziah. Dan setitis ilmu berkah itu pantas menerjah kelubuk hati dia. Terharu kerana ada orang masih mahu membela dia.
Mulai hari itulah dia berubah. Berubah bukan kerana ketegasan undang-undang yang mahu menghukumnya, tetapi kerana kelembutan hati seorang yang sedar betapa besarnya dan luasnya usaha dakwah. Hari ini, dia pula berdiri sebagai pendidik. Mengumpul segala pengalaman silam, diadun dalam satu acuan, dan………sedaya upaya untuk tidak menghukum. Setiap manusia harus ada peluang untuk berubah.
“Terima kasih ustazah….,” hatinya melafaz syukur……
Khamis, Mei 21, 2009
SAMBUTAN HARI GURU SK SAWAH DATO'
Puan Hjh Sabihah Guru Besar Cik Ja... juga cikgu biologi Cik Ja masa Tingkatan 4 dan 5... "Selamat Hari Guru Cikgu"


