Selasa, Disember 30, 2008

PERANCANGAN STRATEGIK UBK

Pendahuluan

Perancangan Strategik Unit Bimbingan Dan Kaunseling merupakan perancangan jangka panjang yang menjangkau selama 5 tahun Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’, Mersing, bagi tujuan merancang, menyedia, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan. Perancangan ini merangkumi:

· Akademik
· Kerjaya,
· Psikososial,
· Keibubapaan,
· Pembangunan Diri Pelajar,
· Pendidikan Pencegahan Dadah,
· Pengurusan dan Pentadbiran,
· Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kelompok
· Pembimbing Rakan Sebaya.

Visi

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’, Mersing merupakan unit yang memberi perkhidmatan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan pada tahun 2011

Misi

Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan penuh rasa tanggungjawabbersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong dan membantu murid dari aspek pengayaan, pengembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkat pengetahuan, ketrampilan, kemahiran, konsep kendiri positif dan jati diri dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran.

PIAGAM PELANGGAN UBK SKSD

Piagam Pelanggan

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ Mersing Johor dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh akan:

· Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif, teraputik, teratur, kemas dan bermaklumat untuk pelanggan.
· Bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien
· Memastikan hak klien dihormati dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa memberi kaunseling.
· Menerima pelanggan tanpa syarat.
· Menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalisme.
· Mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli dalam organisasi.
· Mengadakan program dengan melibatkan ramai pelajar.

Motto
"Kaunseling Ke Arah Kesejahteraan Hidup "

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA