Jumaat, April 03, 2009

TUGASKU SEBAGAI GURU BIMBINGAN


Hampir dua minggu Cik Ja tak berkesempatan membuka blog, sibuk dengan tugas. Dua hari sebelum naik cuti pertengahan semester( 21 dan 22 Mac ), sibuk menguruskan Kem Cuti Cemerlang Fasa 1 Pelajar Tahun 6.

Almaklumlah ramai guru yang masih bercuti, terpaksalah Cik Ja runner sebagai pembantu cikgu-cikgu yang mana ada sebagai ajk persiapan tempat, ajak ict dan PA sistem, dan ajk makanan. Tapi syukur alhamdulillah kerana masih ada kekawan yang sanggup datang dan ada yang datang dua hari untuk bantu Cik Ja, walhal mereka bertugas hanya sehari. Terima kasih kepada semua kekawan yang sudi hadir membantu menjayakan program ini.

Terutama kepada Ustazah Zuriana yang membawa air minuman pelajar special dari penyabung, kepada Ustazah Hayati, teacher Zaharah dan Sir Akrmey yang sudi datang dua hari membantu, dan GPK HEM dan GPK Koko yang sanggup datang menjenguk kami serta semua guru-guru yang hadir seperti Cikgu Rapiah, Cikgu Norzihan, Sir Hisham, Cikgu Hasliza, Cikgu Zuraini, Cikgu Ghani, Cikgu Anuar, Cikgu Anita, Cikgu Saniah, Cikgu Hashim, Cikgu Yahya, Cikgu Mashitah, Cikgu Azrina, Ustazah Noraini, Ustazah Asmaliza dan Cikgu Norliza.

Naik je cuti pada 23.Mac, Cik Ja dapat tugasan untuk menyiapkan Jurnal Inovasi Amalan Terbaik Sekolah, kena siapkan dalam masa 2 hari, tunggang terbalik Cik Ja dibuatnya... mencari bahan dari internet tapi tak jumpa... akhirnya buat yang simple je, tentang program-program tambah nilai di bawah UBK, Unit Dakwah dan Aktiviti Rimup.

Lusa paginya 25 Mac, Cik Ja dipanggil untuk mesyuarat penyelarasan kerja sempena Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Johor. Tahun ini Mersing menjadi tuan rumah. Cik Ja akan membawa pelajar dalam pertandingan Modul Kerja ( banyak benda yang nak dibuat ni... cari bahan... buat interview... buat slaid... latih pembentangan... latih teknikal... bual pamplet... )

Mesyuarat habis jam 1.00 tengahari, bergegas pulang kerana pada hari itu Cik Ja sepatutnya dah bertolak ke Melaka Jam 11.00 pagi untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Negeri Johor di Hotel MITC AnCasa Melaka selama 3 hari 2 malam, tapi dah terlewat. Balik rumah, Solat Zuhur dan cepat-cepat berkemas. Pukul 3.00 petang Cik Ja baru drive ke Melaka. Sampai jam 6.30 petang....bimbang juga drive malam...

Banyak input berguna Cik Ja dapat di sana antara Pendekatan NLP dalam mengenali personaliti seseorang melalui gerak tubuh dan gaya sesorang, ada slot refresh teori-teori kaunseling dan kami berbincang isu-isu guru bimbingan dan kaunseling bersama Penyelia UBK dan Penolong Pengarah UBK. Nampak gayanya semua guru bimbingan satu negeri Johor senasib kerana pekeliling terbaru untuk kami tidak diguna pakai pun disekolah... Malang sungguh nasib kami Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah ni... walau pun kami kebanyakkan memang mempunyai ijazah sarjana muda bimbingan dan kaunseling serta mendapat surat lantikan sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa dari KPM...

Balik dari Melaka dapatlah rehat sehari pada hari sabtu ( tapi rehat dari tugas profesion je... sambung kerja-kerja rumah yang ditinggalkan 3 hari tu pula... )

Hari Ahad ada perjumpaan dengan Kaunselor Pentadbir dan rakan-rakan Jurulatih Utama Audit Nilai untuk berbincang pengisian dan bahan kursus untuk esok dan lusa. Malam ni, Cik Ja sibuk menyiapkan bahan pembentangan pula.

Esok paginya bertolak ke PKG Endau sebagai Fasilitator Kursus Audit Nilai Sekolah-sekolah Daerah Mersing... .

Dapat pula sms dari GPK 1 minta ganti pergi mesyuarat kurikulum dengan PPD Mersing dan bentang Program JKD Kecemerlangan UPSR.

Terkejut juga Cik Ja, kenapa Cik Ja yang kena ganti... tapi kaunselor mesti rasional... Cik Ja contact Guru Besar yang berada di UTM minta panduan bagai mana nak bentang dan bahan apa yang perlu disediakan... Alhamdullilah GB Cik Ja memberi panduan yang cukup jelas.

Balik dari Endau, suhu kereta Cik Ja naik tinggi pula, sah-sahlah Cik Ja terlupa nak isi air... terpaksa berhenti tepi jalan di hutan simpan endau... ngeri juga coz dah pukul 6 petang dan hujan pun lebat. Nasib baik ada liputan celcom... buat panggilan kat cik abang dan abah Cik Ja minta bantuan... Mereka datang bawa air...

Melihat Cik Ja dah keletihan, cik abang suruh Cik Ja pulang naik keretanya, manakala dia menguruskan kereta Cik Ja. Badan dah mula rasa panas... batuk tak henti-henti...

Malam Cik Ja cuba mula membuat kertas kerja dan laporan yang hendak dibentang.. tapi tak terdaya.. esok malamlah sambung lagi nasihat cik abang..

Esok pagi ke PKG Endau lagi, tapi hari ini kaunselor pentadbir izinkan Cik Ja balik selepas selesai slot Cik Ja jam 12.00. Sampai Mersing terus ke Sekolah ambil bahan.... Petang Cik Ja terlena lepas makan ubat batuk saki baki yang ada dalam peti sejuk...

Malam menyiapkan bahan untuk pembentangan esok di PPD Mersing... Alhamdullilah semua siap...

Cik Ja mewakililah GPK 1 ke mesyurat kurikulum...(risau), sepanjang hari takut dan resah coz Cik Ja seorang je "cikgu kecik " yang lain semua guru besar dan pegawai-pegawai PPD Mersing, dan termasuk Encik Md Buang tuan PPD Mersing...

Sebenar hari ini 1.April ( April Fool) adalah hari jadi Cik Ja , kekawan ramai yang sms ucap selamat...( ada yang subuh-subuh hari dah hantar sms.. tqvm...), Cik Ja pun dah hampir lupa kerana sibuk... Nak celebrate dengan suami dan anak-anak pun tak sempat... sedih...Cik Abg nak belanja keluar makan malam tu... Cik Ja demam pulak...
Kepada Tuan Haji Ibrahim bin Mat Tahir, Penolong Pengarah Kajian Sains Kemasyarakatan JPNJ, terimakasih atas sms ucap selamat, Insyallah Cik Ja belanja Haji kat Kota Kinabalu nanti ek...he.. he...

Hari jadi Cik Ja tahun ini, Cik Ja tak sihatlah.. Cik abang bawa ke klinik.... Cik Ja dapat cuti sehari kerana demam dan semput dah datang lagi...huh..huh..( tanda-tanda umur dah meningkat..)

Hari ini 3.Mac bermula semula tugasan CikJa yang ditinggalkan selama hampir 2 minggu. Tak menang tangan dibuatnya... selesai tugasan di bilik kaunseling.... Cik Ja uruskan pula pelajar-pelajar yang akan dipilih memasuki pertandingan modul kerjaya... respon cukup positif... ramai yang datang uji bakat. Tapi masih belum selesai... dah dapat tugas baru lagi.... cari pelajar untuk mewakili pertandingan poster kerjaya pulak...dan uruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa... (penting prosedur ni tau.)

Sambil-sambil tu Cik Ja sempat juga mencari bahan untuk modul kerjaya... Cik Ja nak pilih Kerjaya sebagai pegawai penyelidik dan pembangunan industri tani terutama dalam bidang bioteknolgi....(bolehlah sumbang idea kat Cik Ja ek...)

Malam sempat buka blog sekejap..... esok ada kursus dalam latihan di sekolah ( PPD Menengah akan memberi kursus tentang Membina Kecemerlangan )....

Inilah sebenarnya rutin kerjaya sebagai guru bimbingan dan kaunseling tidak sepenuh masa.... macam-macam boleh....

Inilah cabaran dalam bertugas.. Semoga keikhlasan berkerja dan niat untuk anak bangsa dapat memberi impak terhadap anak-anak Cik Ja, semoga berjaya di dunia dan diakhirat... Aminnn

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA