Sabtu, Julai 04, 2009

SMS DARI KUBUR...(Jangan baca jika lemah semangat)

Cerita ini mengisahkan tentang sepasang kekasih, Jimmy seorang pemuda berasal dari Johor,
manakala kekasih hatinya Julie berasal dari Perlis. Bibit perkenalan mereka bermula dari Asrul, sepupu Jimmy yang bekerja di Perlis.

Meraka tidah pernah bersua muka, hanya sms dan sesekali panggilan telefon menghubungkan cinta mereka. Masing-masing tak pernah melihat wajah, hanya suara yang didengar dicorong telinga... manja, dan penuh dengan gurau senda.

Nak hantar MMS, jauh sekali kerana jimmy hanya mampu memiliki telefon Nokia 3310 jer bukan telefon canggih. Almaklum je lah gaji sebagai budak pejabat berapa sen sangat. Dari membazir membeli telefon mahal baiklah Jimmy menyimpan wang untuk bertemu buah hatinya di Perlis.

Mereka berjanji pada Hari Raya Aidil Fitri ini, Jimmy akan ke Perlis untuk menemui buah hatinya... teringin sangat melihat wajah Julie yang manis seperti yang digambarkan oleh Asrul.
Dengan perasaan yang gembira Julie menceritakan hasrat Jimmy yang akan bertandang ke Perlis kepada kedua ibu bapanya Pakcik Salleh dan Makcik Asmah... Wajah ceria anak gadisnya ini jelas kelihatan....

Seminggu sebelum raya, Julie meminta izin kepada kedua ibu bapanya untuk ke Pekan Arau. Almaklum sahajalah buah hati nak datang, banyak persediaan harus dibuat, baik dari menghias rumah, kuih muih, malah pakaian yang hendak dipakai....
Julie meminjam Motor Cup bapanya, riang sungguh wajahnya, senang hati Mak cik Asmah melihat cahaya kegembiraan diwajah anak daranya.

"Pakai topi keledar, nak!" pesan Makcik Asmah... Dari jauh dia melihat motor cup yang dipandu Julie membelok ke jalan besar.... tiba-tiba seperti kilat, Makcik Asmah melihat motor cup yang dinaiki anaknya dirempuh sebuah treler....

"Pak nya.... anak kita!!! Ya Allah".... itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Makcik Asmah...
Petang itu suasana sedih menyelubungi di kawasan perkuburan.... Julie selamat dikebumikan...
seminggu sebelum raya....

Jimmy pada hari itu berasa tidak sedap hati.... apa dibuat tidak kena...sehinggakan dengan tidak sengaja telefonnya terendam didalam baldi bersama seluarnya...

Nasib baiklah masih boleh diperbaiki... tapi dalam hatinya tentu Julie risau kerana tidak dapat menghubungi... Nak telefon guna Public Phone nombornya pula tak dihafal.... Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..maklumlah hampir seminggu tak dengar berita buah hati....Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd petang hari tu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka mulakan perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk-jenguk kearah dapur dan bilik-bilik yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok diri dari dia...Jimmy semakin tidak senang duduk.. dihati bermain seribu pertanyaan.. tak sudi ke Julie bertemu dirinya... mungkin kurang handsome.....

Setelah lama berbual,jimmy pun memberanikan diri bertanya pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..
Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar.
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
"Kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata Makcik Asmah dengan sebak
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pun menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke Perlis

Jimmy pun menunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut, ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy masih tidak berpuas hati dan mengorek kubur Julie... untuk memastikan teka-teki yang bermain difikiran mereka.
Memng betul Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan

Sebelum Julie meninggal, Julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pun cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie, "Awk ngah wat pe??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai Perlis ke??"
Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pun balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma berdiri tegak
Kerana sms tersebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"


RAHSIA DI SEBALIK RAMBUT


1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA