Isnin, Ogos 17, 2009

KEJAYAAN BERMULA DARI MEMBACA

Kali ini saya berkongsi dengan Anda tips motivasi dari Al Quran.

Saya rasa Anda ingat ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dari surah Al Alaq. Ia bermaksud “Bacalah”.

Melalui kajian, 93% daripada orang-orang yang berjaya suka membaca. Mereka juga menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat harian.

Asas kejayaan adalah ilmu. Kedua, usaha. Ketiga, attitude positif. Ketiga-tiga asas ini dapat memperkasakan minda lalu dapat melahirkan insan cemerlang.

Tanpa ilmu, kita takkan tahu ke mana mahu di tuju dan apa yang kita mahu kuasai untuk menjadi orang yang lebh maju, lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

Cara paling mudah menggali ilmu adalah dengan membaca. Di zaman ‘vista’ sekarang ni, Anda juga boleh menonton video-video percuma di Internet selain membaca untuk menimba ilmu, mencari informasi dan untuk mengikuti perkembangan terkini.

Orang yang berilmu adalah mereka yang berjaya serta sukakan kejayaan. Untuk jadi orang yang berjaya adan meniru pencapaian orang berjaya, Anda perlu rajin menimba ilmu, rajin belajar dan mengaplikasikan apa yang Anda pelajari.

Nak jadi student yang berjaya, dekatkan diri dengan ilmu, cinta ilmu dan rajin berkongsi ilmu.

Nak jadi pekerja cemerlang, gali ilmu komunikasi, penampilan diri, disiplin dan tatakerja.

Nak jadi usahawan berjaya, gali ilmu keusahawanan, pengurusan kewangan, teknik mempromosi, tips pengurusan pelanggan dan cara mengembangkan perniagaan.

Hidup kita menjadi lebih maju bila rajin mencari ilmu. Semuanya takkan pernah habis.

Jadi, lebih banyak ilmu yang Anda kongsikan, lebih banyak juga ilmu yang Anda dapat!

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA