Selasa, Mei 12, 2009

Jasamu Di Kenang...khas untuk semua guru Cik Ja dan rakan seperjuangan.


Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.


Kepada guru-guru yang pernah mengajar Cik Ja di SK Bandar Mersing, SMK Mersing, TIGS Batu Pahat, Uitm Melaka, MPTI, MPMK dan Universiti Putra Malaysia...
Tak lupa juga kepada ustaz dan ustazah yang mengajar Cik Ja di Sekolah Agama Bukit Timbalan...
Kepada guru mengaji AlQuran, Ustaz Jelani (ayah Cik Ja) yang telah mengajar Cik Ja mengaji hingga khatam AlQuran... untuk Cikgu Hjh Hawa ( ibu Cik Ja ) yang mengajar Cik Ja Bahasa Inggeris dengan begitu tegas sekali - alfatihah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu ....
Terima kasih yang tak terhingga.. kerana kalian semualah, maka Cik Ja dapat bertapak seteguh ini... Semoga Allah merahmati kalian semua..

Terima Kasih Guru Ku.

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA