Isnin, November 09, 2009

HARI ANUGERAH KUALITI PEJABAT PELAJARAN DAERAH MERSING

Tahniah kepada warga SK Sawah Dato Mersing kerana telah menerima tiga anugerah sempena Hari Q Daerah Mersing.

               1. Anugerah Kualiti Pengurusan dan Kecerian Bilik Bimbingan dan Kaunseling
                   ( Puan Haliza Bt Jelani- Guru Bimbingan SKSD )

              2.Anugerah  Kualiti Pengurusan Pusat Sumber
                 ( Puan Masyitah Hayati Binti Ahmad- Guru Perpustakaan SKSD )

             3. Anugerah Kualiti Pengurusan Kurikulum.
                 ( Guru-guru dan J/K Kurikulum )

Syabas, kepada Cikgu Masyitah Hayati dan Puan Haliza kerana telah mengekalkan Anugerah Q ini selama dua tahun berturut.

SKSD TERUS CEMERLANG...

Ahad, Oktober 18, 2009

15 RAHSIA DISEBALIK SEKUNTUM SENYUMAN

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis, sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung. Perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Dikala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik tentang senyum :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisahlah tu! Asalkan jangan senyum sinis dahlah !! Tak baik tau!!
Juga kalau ketawa tu.. janganlah keterlaluan dah berlebih-lebih pulak!! Cukup sekadarnya sahaja.. ok.
INGAT..!!! SENYUM ITU JUGA... PENAWAR SEGALA DUKA..

* Sumber diolah dari majalah MIDI edisi Mei 2006

Khamis, Oktober 15, 2009

PENTING DAN MINTA PERHATIAN KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH MERSING

MESYUARAT PENGURUSAN JURULATIH UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI JOHOR.

Tarikh : 15 Oktober 2009
Tempat : SJK(C) CHONG HWA KLUANG

Hasil dari mesyuarat di atas, telah ditetapkan bahawa semua guru bimbingan dan kaunseling dikehendaki melengkapkan borang L4 dan diserahkan kepada JU berkenaan sebelum 25 Oktober 2009:

          Sekolah Menengah Daerah Mersing   
                                      :  Puan Siti Hawa Binti Ahmad
                                         (GBK SMK Mersing)

           Sekolah Rendah Daerah Mersing     
                                      :  Puan Haliza Binti Jelani
                                        (GBK SK Sawah Dato' Mersing)

Untuk mendapatkan borang L4, Guru bimbingan dan kaunseling dikehendaki mendaftar sebagai ahli di Laman Web Majlis Guru Kaunseling Johor. ( http://mgkjohor.kaunseling.net/ )

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung JU di atas.

Terima Kasih

Rabu, Oktober 14, 2009

PEMANTAUAN KUALITI PENGURUSAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SAWAH DATO' MERSING

Pada 12 Oktober 2009 (Isnin) Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dipantau oleh Encik Azman Bin Asran, Guru Penolong Kanan Kurikululum SMK Anjung Batu bersama-sama pemantau kedua Encik Zawawi Bin Muda, Guru Besar SK Teluk Lipat, Endau.
ITEM YANG PANTAU DAN DINILAI ADALAH:
- Perancangan Tahunan
- Pentadbiran dan Pengurusan
- Perlaksanaan Program Akademik dan Penilaian
- Perlaksanaan Program Kerjaya
- Perlaksanaan Program Psikososial dan Penilaian
- Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok/HIV/AIDS
- Perlaksanaan Program Keibubapaan dan Penilaian
- Pembangunan Diri Pelajari,
- Program Peningkatan Keselamatan Sekolah
- Inovasi/Kajian/Projek Khas
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Alhamdullilah, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menguruskan perkhidmatan dengan baik. Fail-fail dan laporan program diuruskan dan disediakan denganlengkap.

Mudahan-mudahan tahun 2009 ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sawah Dato' akan terus mengekalkan dan mempertahankan anugerah Pengurusan Cemerlang UBK 2008.

TIP-TIP KOMUNIKASI BERKESAN

1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman berbicara kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berbicara. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.

2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai. Terutama kepada orang yang kita minta bantuan dan pertolongan.

3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Gunakanlah kata ganti nama yang sesuai yang dapat menunjukkan rasa hormat kita kepada teman berbicara itu seperti'awak', 'saya', 'encik', 'puan', 'pakcik' dan lain-lain lagi. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.

4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi i teladan sehingga orang mengkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain seperti menghormati orang lain, berbudi bahasa dan bersopan santun.

5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.

6. Melayani Dengan Rasa Hormat dan Sopan
Untuk membuat kawan bicara kita berasa selesa berkomunikasi dengan kita, perlulah kita menunjukkan rasa hormat, menunjukkan senyuman dan mempamerkan memek muka yang sesuai. Jangan sesekali mencemekkan muka kepada orang lain. Berkata-kata dengan jelas, lancar dan berhemah. Mengamalkan kesopanan dengan mengatakan “tolong”, “sila”, “maafkan saya”, dan “terima kasih” dalam perbualan.

7. Menjadi Pendengar Yang Baik.
Amalkan sikap terbuka terhadap apa yang diperkatakan. Jangan membuka rahsia peribadi orang lain. Pastikan gerak tubuh badan kita menunjukkan kita berminat dan ada keinginan untuk mendengar. Gunakan perkataan “ saya faham perasaan awak”, “ ya, saya tahu”, menggangguk-anggukkan kepala, dan menunjukkan gerak tubuh badan yang sesuai.

Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

WALLAHU A’LAM…

Selasa, Oktober 13, 2009

PROSES ASAS DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

FUNGSI KAUNSELOR

Kaunselor berperanan membantu kliennya :
1. Memahami diri dan situasinya
2. Mengenalpasti keperluannya
3. Menerima realiti hidupnya
4. Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya, bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
5. Seterusnya menjadi individu yg berfungsi dgn sepenuhnya

CIRI-CIRI DALAM PROSES KAUNSELING
1. Temubual merupakan perhubungan individu.
2. Kaunselor dipertanggungjawabkan untuk menolong individu  yang memerlukan bantuan.
3. Orang yg ditemubual itu menghadapi masalah yg tidak dapat diselesaikan sendiri.
4. Kesejahteraan dan kepentingan orang yg ditemubual merupakan pusat perhatian.
5. Kedua-dua individu yg terlibat dlm temubual itu berkehendakkan membincangkan penyelesaian terhadap masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh orang yang ditemubual.

ASAS KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING
1. Lisan
2. Bukan Lisan

KEMAHIRAN KAUNSELING
1. Tingkahlaku memberi perhatian.
            - menentukan kedudukan klien
            - relaks secara fizikal
            - menjaga postur
            - air muka
            - pertemuan mata
            - mimik muka
            - memberi perhatian apa yg diperkatakan oleh klien
            - menggalakkan klien bercakap
            - galakan dalam pertuturan
2. Kemahiran mendengar.
            - mendengar secara fizikal
            - mendengar dengan perasaan
            - mendengar dgn psikologi
3. Kemahiran temubual.
            - pembukaan temubual
            - penyusunan pertanyaan
            - membantu klien menggambarkan isi hatinya
            - giliran bercakap
            - pemilihan kata-kata
            - menamatkan temubual kaunseling
4. Gambaran perasaan : Empati.
5. Parafrasa.
6. Merumuskan perasaan.
7. Kesenyapan semasa kaunseling
8. Komunikasi tanpa bahasa termasuk gerak geri badan
            - bertambah atau berkurangnya tenaga bertutur (keraguan atau kemarahan)
            - fonem (tekanan atau keraguan)
            - serak (tekanan jiwa yg berat)
            - kecepatan atau kelambatan tempo perkataan (keresahan atau kemarahan)
            - pergerakan badan atau  tangan

FASA DALAM KAUNSELING
  1. Permulaan dan kemasukan (membina hubungan)
  2. Peringkat penjelasan (penerokaan)
  3. Mengenalpasti punca masalah
  4. Mencari alternatif (pemiihan strategi dan mengambil tindakan)
  5. Rumusan (penamatan)
HALANGAN DALAM KAUNSELING
1. Kebisingan.
2. Guru kurang pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling.
3. Perhubungan guru dgn muridnya kurang baik atau kurang mesra.  
4. Emosi yang kurang baik. .
5. Suasana yang tidak teraputik.
6. Kurangnya kerjasama dari klien.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEBERKESANAN SESI
  1. Kesenyapan
  2. Guru berpengalaman dan terlatih
  3. Perhubungan yang baik dan mesra ant guru dan murid
  4. Emosi yg stabil
  5. Suasana yang teraputik
  6. Kerjasama klien
PERBEZAAN ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DAN KELOMPOK
KAUNSELING INDIVIDU

KAUNSELING KELOMPOK

1. Proses terapu terhad antara seorang kaunselor dgn seorang klien.

1. Proses teraputik berlaku antara kaunselor dgn beberapa org individu dlm kelompok itu.

2. Pertolongan yg diterima hanya satu hala iaitu kaunselor sahaja.

2. Peserta berpeluang memberi dan menerima pertolongan samada drpd kaunselor atau peserta lain.

3. Fungsi kaunselor tidak berubah.

3. Fungsi kaunselor sbg ketua kumpulan boleh dan akan berubah dan diambil alih oleh peserta lain.

4. Lebih mudah membina suasana yg selesa dan percaya kerana interaksi adalah dgn seorang sahaja.

4. Lebih sukar bagi kaunselor membina suasana selesa dan percaya kerana peserta tidak kurang ramai.

5. Klien hanya menumpukan perhatian kpd masalahnya shj dan mendapat teguran drpd kaunselor sahaja.

5. Peserta dapat memerhati tingkah laku proses penyelesaian masalah dan cara mengendalikan masalah oleh peserta lain.

6. Kaunselor memberi sepenuh perhatian kpd kliennya.

6. Peserta yang merasa kurang selamat dan terancam mempunyai pilihan utk berdiam diri dalam kumpulan. Perhatian kaunselor dibahagikan kpd ramai peserta.

7. Tidak wujud identiti kelompok, bersatu padu dan semangat tolong menolong antara peserta seperti dlm kg kelompok.

7. Terdapat semangat tolong menolong, identiti kelompok dan bersatu padu antara peserta.

Jumaat, September 11, 2009

PROGRAM DAN AKTIVITI PELAJAR TAHUN 6 SELEPAS UPSR

SK Sawah Dato’ Mersing
Jadual Kegiatan Selepas UPSR Tahun 2009.
(11.9.2004 hingga 19.11.2009)

Minggu 1


Tarikh
Aktiviti
Guru Penyelaras
11.9.2009
Taklimat  program kepada guru-guru
GPK HEM
GBK

Minggu Ke-2
Tarikh
Aktiviti
Panitia/Pengelola
14.9.2009
Isnin
Penutup Hari Kemerdekaan
Tadarus AlQuran
PROTIM/PBSMI
MUZIK


PSV


PSV


AGAMA


AGAMA
15.9.2009
Selasa
Kad Raya Kreatif
Tadarus AlQuran
PROTIM/PBSMI
16.9.2009
Rabu
Penanda Buku Kreatif
Tadarus AlQuran
PROTIM/PBSMI
17..9.2009
Khamis
Bunga telur dan persiapan khatam Quran.
Tadarus AlQuran
PROTIM/PBSMI
18.9.2009
Jumaat
Bengkel Solat Hari Raya
Majlis Khatam AlQuran
PROTIM/PBSMI

 

Minggu ke -3

Tarikh
Aktiviti
Panitia/Pengelola
21.9.2009
Isnin
Cuti Hari Raya
SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
DARI WARGA SKSD
22..9.2009
Selasa
Cuti Hari Raya
23.9.2009
Rabu
Cuti Hari Raya
24.9.2009
Khamis
Cuti Hari Raya
25.9.2009
Jumaat
Cuti Hari Raya


Minggu ke -4
Tarikh
Aktiviti
Panitia/Pengelola
28.9.2009
Isnin
Pertandingan bola sepak
Pertandingan bola jaring
PROTIM/PBSMI
PJK


PJK


MUZIK

MUZIK

GURU KELAS
29.9.2009
Selasa
Pertandingan Galah Panjang
Pertandingan Lempar Tin
PROTIM/PBSMI
30.9.2009
Rabu
MARHABAN
PROTIM/PBSMI
1.10.2009
Khamis
MARHABAN
PROTIM/PBSMI
2.10.2009
Jumaat
Jamuan Hari Raya

 

Minggu ke -5

Tarikh
Aktiviti
Panitia/Pengelola
5.10.2009
Isnin
Pra Perkhemahan Kokurikulum
-          Masakan ikhtiar hidup
PUTERI ISLAM

TUNAS PUTERI

PENGAKAP

PBSM

PENYELARAS PERKHEMAHAN
6.10.2009
Selasa
Pra Perkhemahan Kokurikulum
-          Kraf tangan dari bahan Terbuang
7.10.2009
Rabu
Pra Perkhemahan Kokurikulum
-          Ikatan dan Gadget
8.10.2009
Khamis
Pra Perkhemahan Kokurikulum
-          Pertolongan cemas
9.10.2009
Jumaat
Pra Perkhemahan Kokurikulum
-          Demontrasi memasang khemah

 

Minggu ke -6


Tarikh
Aktiviti
Panitia/Pegelola
12.10.2009
Isnin
Perkhemahan Kokurikulum
Badan beruniform

Persatuan

Kelab

AJK KoKurikulum
13.10.2009
Selasa
Perkhemahan Kokurikulum
14.10.2009
Rabu
Perkhemahan KoKurikulum
15.10.2009
Khamis
Perkhemahan Kokurikulum
16.10.2009
Jumaat
Perkhemahan Kokurikulum

 

Minggu ke -7

Tarikh
Aktiviti
Panitia
19.10.2009
Isnin
Kuiz Matematik
PROTIM/PBSMI
M3

M3

SAINS

SAINS

AGAMA ISLAM
20.10.2009
Selasa
Congak
PROTIM/PBSMI
21.10.2009
Rabu
Lawatan Ke Balai Kaji Cuaca
PROTIM/PBSMI
22.10.2009
Khamis
Kuiz Sains
PROTIM/PBSMI
23.10.2009
Jumaat
Pengurusan Jenazah
PROTIM/PBSMI

 

Minggu ke -8

Tarikh
Aktiviti
Panitia
26.10.2009
Isnin
Kuiz Bahasa Inggeris
PROTIM/PBSMI
BI

BI

KH

KH

AG
27.10.2009
Selasa
Tayangan Cerita Bahasa Inggeris
PROTIM/PBSMI
28.10.2009
Rabu
 Lawatan ke Balai Bomba
PROTIM/PBSMI
29.10.2009
Khamis
Jahitan
PROTIM/PBSMI
30.10.2009
Jumaat
Pengurusan Remaja
PROTIM/PBSMI

 

Minggu ke- 9

Tarikh
Aktiviti
Panitia
2.11.2009
Isnin
MEMBACA BERITA
PROTIM/PBSMI
BM

BM

PSK

PSK

KT
3.11.2009
Selasa
SAHIBBA
PROTIM/PBSMI
4.11.2009
Rabu
MEMBINA BENDERA MALAYSIA/JOHOR
PROTIM/PBSMI
5.11.2009
Khamis
MEMBINA BENDERA MALAYSIA/JOHOR
PROTIM/PBSMI
6.11.2009
Jumaatm
BUKU SKRAP LOGO HARI KEBANGSAAN
PROTIM/PBSMI

Minggu ke- 10
Tarikh
Aktiviti
Panitia
9.11.2009
Buku Skrap Logo Hari Kebangsaan
PBSMI/PROTIM
KT

UBK

KoKurikuum

SPBT


SPBT
10.11.2009
Tayang Cerita Moral
PBSMI/PROTIM
11.11.2009
Permainan Dalaman
PBSMI/PROTIM
12.11.2009
Pemulangan Buku Teks
Permainan Dalam
PBSMI/PROTIM
13.11.2009
Pemulangan Buku Teks
Permainan Dalaman
PBSMI/PROTIM

Minggu ke- 11
Tarikh
Aktiviti
Panitia
16.11.2009
Jamuan Tahun 6
Penyelaras tahun 6


AJK Kokurikulum
17.11.2009
Hari Anugerah Cemerlang
18.11.2009
Mengemaskini kelas
19.11.2009
Mengemaskini kelas

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA