Jumaat, Januari 02, 2009

PENGISIAN PROGRAM ORIENTASI TAHUN 6












Matlamat Program.
Pada 1 dan 2 Januari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kauseling SKSD telah menganjurkan Hari Orientasi Tahun 6.
Program ini bertujuan membakar semangat dan memberi panduan agar menempa kejayaan cemerlang dalam UPSR 2009.
Antara pengisian program adalah kata-kata semangat dari pihak pentadbir dan guru-guru mata pelajaran serta tip-tip berguna dari guru bimbingan dan kaunseling.

PENGISIAN PROGRAM

a. PETUA KE ARAH
KECEMERLANGAN

MEMBACA buku pada masa lapang merupakan tabiat yang baik. Tabiat bermakna kita mengamalkan sesuatu perkara mengikut kebiasaan. Tabiat yang baik bermakna kita bertertib dengan disiplin ketika melakukan aktiviti seharian.
Tabiat adalah bagaimana cara seseorang itu berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan sesuatu kejadian.
Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai tabiat yang baik. Kecemerlangan lahir daripada asuhan, keinginan dam keperluan untuk mencapai sesuatu yang baik.

Cuba fikirkan sama ada anda mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari:

1. Membaca buku sebelum tidur.
2. Bertanya di dalam kelas jika tidak faham.
3. Menoleh ke belakang setiap kali membuka pintu.
4. Mengemaskan keperluan ke kelas sebelum waktu tidur.
5. Mendengar dengan tekun apabila berbual dengan rakan.
6. Melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang.

Tabiat di atas merupakan senarai ringkas daripada pelbagai tabiat yang boleh diikuti oleh pelajar.

Ia bukan perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tabiat yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kecemerlangan.

Pelajar yang bersikap proaktif seperti suka bertanya di dalam kelas, berbincang dengan guru dan rakan, akan lebih mempunyai tabiat suka bersendirian.

Orang yang bersikap proaktif tidak terpengaruh dengan faktor luaran.
Di samping bertanggungjawab kepada diri sendiri, mereka akan cuba mengatasi masalah mereka.

Pelajar yang bersikap inovatif selalunya mempunyai tabiat penggerak atau pemula dalam diri mereka.

Mereka gemar melakukan perkara yang belum dilakukan oleh orang lain dan bangga menjadi pemenang.

Keinginan seperti ini lahir daripada tabiat inginkan kelebihan daripada orang lain.

Adakah anda orang pertama melakukan perkara-perkara berikut di dalam kelas:
1. Menyiapkan tugasan atau latihan.
2. bersetuju untuk menjadi ketua atau pengawas.
3. Menawarkan diri untuk sebarang persembahan.
4. Mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan.
.
b. PENGGUNAAN MASA
Pelajar juga merungut tentang masa. Mungkinkah anda pernah menyebut atau merungut dengan perkara-perkara berikut:
1. "Saya dapat soalan tersebut, tetapi masa tak cukup."
2. "kalaulah ada masa, tentu saya dapat habiskan buku tersebut."
3. "Exam dah dekat ni... tak bolehlah tengok siaran langsung bola sepak."
Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah masa mengikut keperluan hidupnya.
Masa yang sudah berlalu tidak akan dikembalikan. Sifat masa yang paling penting yang perlu diketahui oleh pelajar ialah:
"Masa tidak perlu dibayar - setiap orang mempunyai 24 jam sehari semalam dan terpulanglah kepada anda untuk menggunakan masa tersebut."

c.Panduan membahagikan masa
Terdapat banyak kriteria membahagikan masa. Setiap orang mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Sebagai pelajar, anda boleh mengikut kriteria di bawah sebagai panduan umum:

1. Lakukan perkara yang mudah dahulu - dala peperiksaan, misalnya, anda perlu bermula dengan soalan yang paling mudah diselesaikan.
2. Lakukan perkara yang lebih cepat untuk disiapkan berbanding dengan yang mengambil masa. 3. lakukan perkara yang perlukan tindakan segera berbanding dengan yang kurang penting.
4. Lakukan perkara yang mempunyai sumber terlebih dahulu.
5. Lakukan perkara yang sudah dirancang berbanding dengan yang tidak dirancang.
6. Lakukan perkara yang kita tahu sebelum perkara perkara yang kita tidak tahu.
7. Lihatlah siapa yang memerlukan tindakan kita.

d. MENGUBAH KEBIASAAN

Adakah anda mempunyai kebiasaan berikut:
1. Tidak membuat jangkaan
2. Terlalu memikirkan kesilapan
3. Memaksa diri secara keterlaluan
4, Tidak percaya pemikiran sendiri
5. mendiamkan diri apabila tidak faham.
6. Asyik mencari jawapan yang betul.
7. Tidak mempunyai sistem mengingati idea
8. Menanti nasihat daripada orang yang dikenali.

Tanamkan di dalam minda anda bahawa kadang kala kebiasaan perlu diubah untuk mendapatkan kejayaan yang lebih cemerlang.

Pada kelazimannya, kebanyakan masalah pelajar berpusat kepada sikap dan perilaku pelajar itu sendiri.

Masalah yang kelihatannya sungguh sukar, sebenarnya boleh diselesaikan atau dipecahkan sendiri oleh pelajar.

Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, anda boleh mengambil beberapa langkah tertentu bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul. Umpamanya:

1. Berdoa untuk mendapatkan kekuatan
2. Bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang paling teruk. Penentuan kemungkinan ini amat penting bagi mencari alternatif yang lebih baik.
3. Cuba melihat sesuatu permasalahan dari sudut yang berbeza (pemikiran positif).
4. Mengambil iktibar daripada pengalaman lepas.
5. Cuba menilai semula segala kejadian yang menyebabkan permasalahan tersebut (pemikiran positif).
6. Mengambil iktibar daripada pengalaman lepas.
7. Cuba menilai semula segala kejadian yang menyebabkan permasalahan tersebut.
8. Berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mengulangi perkara yang sama.
9. Menerima masalah tersebut dengan hati terbuka.





TIADA sesuatu dalam dunia ini kecuali ulangan sejarah yang kita tidak tahu.
- HENRY S TRUMAN

BULETIN ILMUWAN

BULETIN ILMUWAN…
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING/BIL.1/2009


PESANAN GURU KAUNSELING…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Pejam celik..pejam celik kita telah pun berada dalam tahun 2009.Bagaimana agaknya persiapan pelajar khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini? UPSR ?Ingat..di bahu anda terpikul amanah dan harapan ibubapa juga para pendidik yang tidak jemu memberikan ilmu pendidikan malam dan siang..Hargailah jasa dan pengorbanan mereka dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelang.
Untuk para pelajar lain juga tidak harus leka dan berangan-angan. Mulakan persiapan sedari awal supaya apabila saatnya menjelang..ilmu telah pun penuh di dada…Jangan lupa untuk memohon doa restu dari ibu dan bapa juga guru-guru supaya anda akan lebih diberkati.Berusaha dan bertawakkallah kepada Allah..Insyaallah,kejayaan pasti akan menjadi milik anda..Tidak lupa buat guru-guru baru, selamat menjalankan tugas di SKSD.
Selamat Maju Jaya!!!
-PN.Haliza binti Jelani-

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH DATO
Pada 1 dan 2 Januari 2009 yang lalu telah diadakan Hari Orientasi Pelajar Tahun 6. Selamat kembali ke sekolah dan selamat berjuang dalam UPSR.
Sepanjang Hari Orientasi ini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai maklumat dan tip-tip untuk menjadi pelajar cemerlang serta berpeluang mendengar sesi taklimat dan hasrat yang disampaikan oleh para guru dan pentadbir sekolah.
Jangan sia-siakan peluang keemasan yang telah anda miliki.
Berusaha dan rajin mengulangkaji..kejayaan pasti menjadi milik anda.
Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru yang telah menyumbang tenaga dan kepakaran serta turut sama menjayakan perjalanan Hari Orientasi ini.
‘Jasamu Tetap Dikenang…Abadi Dalam Ingatan’……..



TINTA HIKMAH…
Berikan seseorang seekor ikan dan anda memberikannya makanan untuk sehari. Ajarkan dia bagaimana menangkap ikan dan anda memberikannya makan untuk seumur hidup..
-Peribahasa Cina-
Give a man a fish and you feed him for a day. Teach him how to fish and you feed him for the rest of his life..
-Chinese Proverb-
----------------------------------------------
Buku adalah universiti yang boleh dibawa ke mana sahaja..
-Abraham Lincoln-
Books are walking universities that could be taken anywhere..
-Abraham Lincoln-

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA