Selasa, Jun 23, 2009

SELAMAT HARI BAPA ( Insan-insan teristimewa dalam hidup Cik Ja)


Selamat Hari Bapa khas buat abah Cik Ja, Ustaz Jelani Bin Salad. Jasa abah tak mungkin Cik Ja, suami dan anak-anak mampu membalas. Abah banyak berkorban semasa membesarkan dan mendidik Cik Ja dari kecil hinggalah ke saat ini.
Walau pun Cik Ja dah besar panjang dan bergelar ibu, namun abah tetap dan sentiasa memberi panduan buat Cik Ja dan suami dalam mendidik anak-anak pula. Nasihat dan tunjuk ajar abah amat berguna buat Cik Ja sekeluarga.
Susah senang Cik Ja sentiasa ada abah bersama... Sehingga ke hari ini jugalah, abahlah orang yang pertama akan bersama Cik Ja disaat-saat kepayahan dan kesukaran dalam menempuh ranjau kehidupan...
Cik Ja, suami dan anak-anak amat menyayangi abah... Kasih abah tiada ternilainya...
You are My Hero, Dad!!!


Inilah tiga orang permata hati Cik Ja.... Terima kasih buat suami Cik Ja kerana memberi kerjasama dalam mendidik dan mengasuh permata hati kita.
Buat anak-anak tersayang, doa mama semoga kalian akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup, mendapat petunjuk dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Doa mama akan mengiring kalian sehingga ke nafas terakhir mama. Amin...
I Love You All!!!

PESANAN ABAH CIK JA:
Jangan sesekali ada rasa terkilan dan kecil hati pada anak-anak, terutama bagi seorang ibu, kerana apa jua perasaan yang dirasai oleh ibubapa akan menjadi doa kepada anak-anak. Jika ibu bapa ada rasa kecil hati pada anak-anak nescaya anak-anak tidak akan dapat keberkatan hidup.
Oleh itu pastikan hati kita sebagai ibu bapa sentiasa dalam keadaan redha terhadap anak dan berilah teguran dengan baik jika ada rasa tidak selesa pada anak-anak.

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA