Ahad, Mac 01, 2009

PETUA PELAJAR CEMERLANG

Ramai pelajar yang kecewa dan menyesal ketika menerima keputusan peperiksaan yang tidak begitu membanggakan. Kekecewaan dan penyesalan ini timbul kerana usaha yang bersungguh-sungguh telah di buat, namun untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak berhasil.

Ramai pelajar yang gagal dalam ujian atau peperiksaan bukan kerana mereka tidak berusaha, tetapi banyak aspek harus diambil kira, seperti disiplin belajar, jadual belajar atau teknik menjawab yang kurang berkesan.

Pelajar yang berhasrat untuk mendapat keputusan yang cemerlang, haruslah memperlengkapkan dirinya dengan beberapa petua menjadi pelajar yang cemerlang. Di bahagian ini akan disenaraikan beberapa petua yang boleh diikuti pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang mampu menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Petua-petua tersebut ialah:-
-menghormati ibu bapa
-yakin kepada kebolehan diri
-teknik belajar yang berkesan
-bercita-cita tinggi
-melihat proses belajar dari sudut positif
-belajar berterusan
-bijak mengurus masa
-taat perintah agama
-berdisiplin
-menghormati guru

1 ulasan:

  1. hyeee cikgu....assalammualaikum....disini saya ingin meminta pendapat cikgu mengenai isu yang membelenggu saya pada ketika ini....saya ingin sekali meminta pendapat cikgu yang bernas,berkualiti dan logik....baiklah....apakah pendapat cikgu mengenai isu "cuti penggal persekolahan wajar dipendekkan...??"jika ya,mengapa?dan jika tidak,mengapa??Respon cikgu terhadap usul saya ini amat saya hargai....saya berharap cikgu dapat menghantar respon cikgu di alamat e-mel saya iaitu....pinklyce_shyella@rocketmail.com...pendapat dan tindak balas cikgu amat saya hargai...terima kasih...

    BalasPadam

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA