Sabtu, Jun 27, 2009

ISU BAHASA INGGERIS



Isu Bahasa Inggeris... Cik Ja rasa terpanggil untuk memberikan pendapat dalam hal ini...
"Bahasa Jiwa Bangsa"... Cik Ja amat setuju dengan slogan ini... Tingginya martabat sesuatu bangsa adalah bergantung kepada ketinggian bahasa itu sendiri..... Keindahan bahasa akan melambang keperibadian bangsa. 100% Cik Ja setuju, apatah lagi bahasa juga boleh membawa perpaduan dan keharmonian...
Tapi sejauh manakah Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu, setanding dengan penggunaan Bahasa Jepun dan bahasa German dalam penguasaan bahasa ilmu di Negara Jepun dan Negara German...
Kita boleh mengatakan... lihat Jepun... lihat German...kenapa mereka boleh menggunakan bahasa mereka 100%, sehinggakan siapa teringin belajar di sana mestilah menguasai bahasa mereka...!!!
Tapi adakah kita tahu bahawa para ilmuan mereka mampu menggunakan bahasa Inggeris dengan baik, sehingga mampu menterjemahkan ilmu dari barat ke bahasa ibunda mereka.
Sebelum kita taksub membahaskan isu ini.... cuba kita lihat nasib anak-anak kita di institusi pengajian tinggi... terpaksa bergelut dengan masalah bahasa bila membuat rujukan... mana buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu?? Boleh dikira jumlahnya... Mana pakar-pakar bahasa yang melaungkan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu membantu membuat terjemahan buku-buku ilmiah ini??? Cik Ja sendiri terasa kesusahan mencari buku-buku rujukan dalam Bahasa Melayu ketika belajar dulu... terutama ketika membuat penulisan ilmiah..... apalagi jika buku-buku berkaitan perubatan, teknologi, ekonomi dan macam-macam cabang ilmu lagi... Kesian pelajar kita.. terkais-kais mencari bahan rujukan....
Pada Cik Ja.... jika anak-anak dari kecil didedahkan pelbagai bahasa, maka satu kelebihan ada pada diri mereka, lagi banyak penguasaan bahasa mereka, semakin beruntunglah anak-anak.
Kenapa Bahasa Inggeris di tekankan dari peringkat pra sekolah lagi.???... Pada Cik Ja peringkat pra sekolah pun dah kira terlambat.... Kalau kita teliti dari sudut morfologi dan linguistik, penguasan dan pembelajaran bahasa bermula dari peringkat bayi lagi, jadi tak salahlah kalau kita mengajar bahasa selain bahasa ibunda dari peringkat tadika lagi... kenapa mesti disekat dan dihapuskan???? Bukan kerana belajar bahasa asing menjadikan kita orang asing... tapi menambahkan ilmu dan menjadikan anak-anak kita orang yang berilmu... Salahkah????
Adakah kerana markah peperiksaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mereka rendah menjadi isu, hendak dimansuhkan PBSMI?? Ini sebenarnya bukanlah jalan penyelesaian... Peranan ibu bapa penting di peringkat ini, memberi dorongan, galakan dan menerangkan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris bukan setakat menunding jari menyalahkan sistem pendidikan..
Ada pula yang mengatakan, apa perlu penguasaan Bahasa Inggeris jika hanya ingin bekerja di Malaysia...malah ramai juga yang berjaya tanpa penguasaan Bahasa Inggeris... tapi tanpa penguasaan Bahasa Inggeris kita akan tersekat tanpa berani membuat kemajuan. Kita masih memerlukan kepakaran mereka yang mempunyai kepakaran dalam Bahasa Inggeris untuk membantu kita membuat kemajuan. Betapa ruginya kita...kerana terpaksa mengupah mereka yang pakar pula....
Isu bahasa ini, pada Cik Ja... telah dipolitikkan sehingga menjadi isu yang besar, seolah-olah ada PBSMI dan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM dalam sistem pendidikan kita menjadikan kita Melayu derhaka!!!!
Cik Ja amat berharapkan kepada para ilmuan, janganlah kerana agenda perjuangan politik, menjadikan anak-anak sebagai mangsa sehingga mengorbakan masa depan mereka.
Jika kita sudah bersedia seperti Jepun dan German mampu mengalih bahasa ilmu yang diambil dari barat ke dalam bahasa ibunda, Cik Ja akan menyokong 100% sistem pelajaran di Malaysia menggunakan bahasa Melayu 100%.
Cik Ja bukan orang politik... Cik Ja cuma mahukan yang terbaik untuk anak bangsa... Apa komen kekawan semua tentang isu ini????

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

HARI JADI GURU BESAR

2009 DALAM KENANGAN

DIKIR BARAT SKSD

SAJAK MERDEKA LOGHAT TERENGGANU

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

MULIANYA SEORANG IBU

HATI ADALAH CERMINAN DIRI

SURAT SEORANG IBU

BUDI BAHASA AMALAN KITA